Para peserta
Reunion Pemburu Ilmu
bergambar mesra bersama
Ustaz Ahmad.
Oh
masa, cepatnya berlalu.
Tanpa disedari sudah
hampir 2 minggu
Reunion Pemburu Ilmu
berlalu. Masya Allah, serasa
bagaikan semalam bersama
dengan sahabat-sahabat, saya sangat
merindui kalian. Hehehe,
saja nak
meluahkan perasaan sikit. Emm, balik sahaja
dari universiti tercinta
pada 18hb/1, perkara pertama
yang difikirkan difikiran
ialah reunion la. Ish, x payahlah guna
bahasa sastera sangat. Santai aje
ye. Hehe. Dalam masa yang
tidaklah lama sebenarnya, dlam 12
hari saje lagi
nak sampai ke
1hb/2. Tapi terasa lamanya
masa berlalu disebabkan
hati ni dah terlalu
tak sabar nak jumpa sahabat.
Minit demi
minit, saat demi saat, akhirnya sampai
juga tanggal keramat, 1hb/2. Hehe, keramat la
kot. Pada jam 3.40pm, perjalanan dari
Kg Gajah ke
Ipoh dimulakan. Ini satu
hal lagi, rasanya masa
ni kalau x silap
naik sampai 100km/h
or lebih, tapi rasa
lambat sangatlah nak
sampai. Zahid dah mesej, “Dah
sampai mana?”. Saya terfikir, Zahid ni
mesti risaukan saya. Hehe, memey lah, dia
kan pengarah program, mestilah risau
ahli pesertanya x
sampai lagi. Perjalanan yang
mengambil masa hampir
1 jam 30 minit
menuju ke Masjid
Sungai Rokam. Gembira bukan
main. Jumpa sahabat pada
ketika itu, terus saya
dakap erat.
Masya Allah, sahabat dunia
akhirat. Soalan yang terpancul
daripada mulut salah
seorang sahabat saya
ialah, “macam mana iman
kamu? Ok ke?” saya menjawab, “Alhamdulillah, in shaa Allah
baik-baik saja.” Saya bangga
dengan sahabat ni, seorang
petah berkata dan
berwibawa. Ketika program juga
beliau menjalankan amanah
dengan baik dan
cemerlang. Siapa orangnya?
Mestik korang kenal
punya, beliau antara yang
banyak mengambil alih
aktiviti di sana. Panjang
pulak sembangnya, baru hari 1st,
dah panjang berjela, hahaha. Panjang sangat
karang orang jemu
pulak nak baca. Oklah, saya pendekkan.
Pada hari
kedua, slot tazkirah dhuha
disampaikan oleh Ustaz
Zubaidi. Menarik. Umur yang panjang, tapi
dihabiskan untuk taat
kepada Allah. Kata Ustaz
Azhar Idrus, inilah orang
yang beruntung. Kemudian,
tazkirah dhuha diteruskan
lagi oleh Ustaz
Hafez Sabri. Tabarakallah,
pengisiannya juga cukup
hebat. Walaupun tutur katanya
penuh dengan kelembutan
dan berhikmah, tapi telah
membuatkan saya penuh
bersemangat pada ketika
itu untuk berdakwah
kepada manusia, walaupun rasa
diri ini tidaklah
sehebat mana, ilmu pun
tidaklah seberapa kalau
hendak dibandingkan dengan
sahabat-sahabat yang datang
pada ketika itu. Rasanya
kalau hendak dibandingkan
dengan saya, saya ni
lah yang paling
lemah iman, ilmu dan
amal. Allahu Akbar, hinanya rasa. Pengarah program
memberi kepercayaan kepada
saya untuk mempengerusikan majlis
pada hari itu. Antara
apa yang saya
kupaskan ialah, isi penting
jer la ye:
“Wahai orang
beriman, jika kamu menjaga
agama Allah, nescaya Allah
akan menjaga kamu
dan meneguhkan pendirian
kamu.” (Surah Muhammad: ayat 7)
“Pada hari
ini, sedikit sekali mereka
yang faham tentang
agama. Dalam sedikit itu, sedikit
lagi mereka yang
faham agama dan
mengamalkan agama. Dalam sedikit
itu, sedikit lagi mereka
yang faham agama, mengamalkan agama
dan ikhlas melakukannya. Dalam sedikit
dan teramat-amat sedikit, ialah mereka
yang faham agama, mengamalkan agama, ikhlas
melakukannya dan dapat
menggapai mardhatillah."
(Kata-kata indah daripada Asy-Syahid
Imam Hasan Al-Banna)
Untuk sebelah
petangnya, aktiviti yang bagi
saya cukup mencabar
iaitu Street Dakwah. Inilah 1st time
saya berdakwah kepada
orang yang tidak
saya kenal. Pada awalnya
persepsi saya mungkin
masyarakat di luar
akan menganggap kami
ni nak mintak
derma atau sebagainya. Tapi Alhamdulillah, semua orang
yang saya ketemu
pada hari itu
tidak menunjukkan wajah
bosan. Mereka juga sudi
meluangkan masa untuk
mendengar sedikit apa
yang saya katakan. Walaupun kadang2
tu gagap jugak
lah rasa lidah, tapi
itulah yang dinamakan
pengalaman. Lama kelamaan in
shaa Allah lidah
akan fasih jika
selalu dipraktikkan. Moga mereka
semua diredhai Allah
selalu.
Aktiviti diteruskan
lagi selepas asar
yang dikendalikan oleh
bro kita, Nasa’i. katanya kena
pindah sebab pakcik
situ dah x
ske kat kita. Rasanya
perangai dah habis
molek dah. Hehe. Musa kata, “tipunya tu,” hehe, lawak aje. Berpindahlah, dengan bawak
begnya. Saya dah la
bawak beg balik
kg yang gedabak
besa tu. Abu Zar
relax jer dengan
beg kecik. Rasanya time
tu beg sayalah
yang besar sekali. Hehe. Kami disuruh
mendirikan panji, kemudian baca
Al-Mathurat membelakangkan panji
yang sudah dipacakkan
di belakang kami. Habis
sahaja baca, panjinya udah x ada. Sapa
pulak yang curi
ni? Apa lagi, kena carilah. Berbekalkan kain
palaikat bersama tudung
muslimah, kami ikatkan ia
menjadi satu bulatan
besar. Jadi kami jadikan
ia sebagai perisaulah
kononnya sebab kitaorang
x boleh menyerang. Cuma boleh
pertahankan diri aje. Berjalan
aje di atas
jalan, semua orang tengok. Sampai ada kereta
yang berhenti nak
tengok kiteorang. Hadoi, malunya.
Sesampai sahaja
di sebuah kawasan
lapang, kami diserang. Tutup muka
dengan kain palaikat. Rasanya yang
paling agresif menyerang
kami pada ketika
itu geng ajk
muslimahlah. Dari jauh kejar. Muslimin pun
baling dari jauh. AJK
muslimah tu dtg
dekat, pastu terus serang. Ishh, takut betoi
rasanya time tu. Last2, kenanya jugak
kat badan ni. Ingatkan
dah habis lindung
dah badan ni. Hehe.
Pada waktu
malam, diadakan satu pertandingan
membuat jambatan menggunakan
surat khabar. Berkumpulan dengan
mereka yang tidak
saya kenali. Yang kenalnya
Cuma Nizam dengan
Fateen aje. Xpalah, yang
penting boleh bekerjasama. Hasilnya, teng3. Jadinya jambatan
yang kami namakan
dengan JAMBATAN ILMU. Nama
memang x relevan
langsung, dah itu aje
yang ade dalam
kotak ingatan ni. Balun
saje lah. Last2 kalau
jugak, sebabnya kami jambatan
tu dah terpele’ot. X
adil betul jurinya, bukan nak
betulkan kaki dia. Hehe, maaf na
Shahril dan Mukhris.
Pada hari
ketiga, giliran Ustaz Ahmad
pula memberi tazkirah
dhuha. Usai sahaja tazkirah, cabutan bertuah
pula. Ingatkan x dapat, sebab
selalunya kalau cabutan
bertuah sahaja, memang nama
xkan naik. Tiba2 naik
pulak pagi tu. Dapatlah
bekas cawan agaknya
dari Sarawak. Jauhnya import. Terima kasih
kepada sahabat dari
Sarawak yang bagi
cawan ni. Hehe.
Sampai sahaja
tengahari, kesimpulan
tentang seluruh aktiviti
diteruskan oleh semua
peserta. Banyak antaranya nasihat
daripada sahabat2, yang tidak
kurang luntur imannya. Memberi nasihat
yang sudah pastinya
berbekas di hati
yang tidak berapa
nak bersih ni. Antaranya
ada yang kata
teruskan berdakwah, dan lain2. Ada
cadangan pula kata
adakan reunion ni
setiap tahun. Lamanya nak
tanggu tahun depan. Bleh
x kalau adakan
setiap sem? Hehe.
Dikemuncak aktiviti, tayangan video
pula. Lawak pulak bila
tengok semuanya. Yang pasti
saya terhibur dengan
tayangan yang hebat
tu. Tahniah kepada Abg
Hasnul, Nadirah dan Aiman
Hazim walaupun dia
x ada pada
hari tu. Nanti upload
lagi ya video
reunion. Rasanya dah x
terkira banyak kali
dok tengok video
ni. Tengok aje video
Perang Reunion, mulalah gelak
sorang2. Tengok pulak Rahsia
Ukhuwah Kita, udah nak
menangis pula. Hehe.
Dalam perjalanan
untuk pulang ke
rumah, hati menjadi sayu. Lagu
dipasang dengan handphone
dan disambung dengan
ear phone. Lagu yang
dipasang hanya didengar
kosong di telinga. Langsung tak
membuatkan hati terhibur. Mata tengok
kat jalan, tapi hati
melayang entah ke
mana. Hilang terus mood. Kalau
nak pegi hari
tu dengar aje
lagu, mulut ni henti2
dok menyanyi. Nak balik
ni xde pulak. Pastu
cepat pulak rasa
sampai ke rumah. Padahal jalan
yang sama. Hehe.
Apa-apapun, tahniah diucapkan
kepada Abdullah Zahid
dan semua yang
terlibat untuk menjayakan
aktiviti yang sangat
bermanfaat ni. Program keagamaaan
seperti ini perlu
untuk membentuk diri
kita, kerana kita bukan
hendak cemerlang dalam
bidang dunia semata-mata. Malah, kesinambungan ilmu
dunia dan akhirat
sangat perlu untuk
menjadikan kita ummah
yang gemilang di
atas muka bumi
ini. Teruskan berjuang di
jalan Allah yang
lurus. Bak kata Zahid, warga
emas tu anak2
muda ni lah. Kita
yang akan menerajui
kepimpinan negara pada
masa hadapan. Tingkatkan ilmu
di dada kita. In
shaa Allah, pada masa
akan datang tampuk
kepimpinan negara akan
disandang oleh mereka
yang taat pada Allah. In Shaa
Allah.
SALAM RINDU
DARIPADA SAYA BUAT
SAHABAT.
Button Moderator KMPk, tetapi saya ni bukanlah moderator pun. Tak sehebat mana. Hehe. |
Baru lepas qiamullail, pengisian daripada Tuan Pengarah. |
Bersama Ustaz Zubaidi. |
Mempengerusikan tazkirah Ustaz Hafez Sabri, pendakwah bebas. |
Gambar Street Dakwah di Medan Gopeng, Alhamdulillah, sambutan yang baik daripada masyarakat.
Para pejuang agama yang bakal menerajui Negara suatu hari nanti, hehe. |
Mujahidah pembangkit ummah. |
Bergurau senda dengan rakan-rakan usai solat Isyak. |
Ahli kumpulan saya sibuk menyiapkan ‘Jambatan Ilmu’. Hehe. |
Hasil gabungan idea yg inovasi muslimin dan muslimat. |
Semua peserta tekun mendengar tazkirah daripada Ustaz Ahmad. |
“Aku kasihi
sahabatku dengan segenap
jiwaku. Sahabat yang baik
adalah seiring denganku
dan menjaga nama
baikku ketika aku
hidup atau selepas
mati. Kuhulurkan tangan kepada
sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan
merasa senang. Semakin ramai
sahabat, semakin aku percaya
diri. Aku selalu berharap
mendapat sahabat sejati
yang tidak luntur
baiknya dalam suka
atau duka. Jika aku
dapat, aku ingin setia
padanya.” (Imam Syafie)
Video tu hanya salah satu wadah. Jgn terikat dgn kenangan. =D
ReplyDeleteTp jgn pernah lupa mengenang masa lalu yg byk mengajar kita.