Kenangan Bersamamu, Ahli Roomate... d(^_^)b
Dari kiri: Zul, Izz, Nizam, Shaff, Haffiz, Mizan.
Persahabatan!! Sungguh indah kiranya
kita bina atas
nama Allah. Tiada kuasa
lain yang mampu
menahan ukhwah ini
oleh kerana berkat
Allah telah tertumpah
apabila kita membuat
sesuatu hanya lillahi
ta’ala, hanya kerana Allah. Bukanlah nak
buat ayat gramatis
pun kat sini, cadangnya nak
santai, terkeluar jgak ayat
bunganya..huhu. Melihat akan wajah2
di atas, mereka inilah
yang telah membuatkan
hati aku merasa
bahagia, dengan gurauan mereka,
gelak tawanya. Hati aku
merasa aman dan
bahagia.
Pada awal kemasukan
aku ke UiTM
Jengka, Pahang, aku mendaftarkan diri
awal waktu tu. Pukul 9
check in, lepas tu
keluar la ke Bandar
dengan
family. Balik semula ke kolej
kediaman pukul 2
or 3 petang. Balik aje
ke bilik, semua loker
udah berkunci. Adoi, dorg ni
dah balik rumah
rupenya. Sebab kami tak
ada orintasi masa
tu. Jadi, dengan x
semena-mena seminggu la
aku duk kat
kolej tu dengan
tak ada kawan
langsung. Rutin harian aku
waktu tu bangun
pagi, baca buku, makan dan
tido. Tak ade kwan
nak ajak bersembang. Rasa macam
nak giler rasanye. Orang pertama
sekali yang aku
tunggu di bilik
tu Shaff la. Barang2
dia semua ada
tulis SHAFF. Baldi, shampoo dan
lain2. Maklumla, duk asrama. Kang
barang
hilang, senang sikit nak
mencari sebab nama
dah ada, kononnye. Haha..
Selepas seminggu aku
tunggu dan tunggu, maka
baliklah sahabat2 yang
dicintai. Bermulanya Shafizal,
kemudian Nizam, dan Izz. Mula-mula semuanya
bercakap pun pakai ‘saya
awk’..aduh, x bleh tahan betul. Semua pakat
nak skema. Baik aje
semuanya..huhu. Pada
keesokan harinya, barulah si
Zulharith ni smpai, katanye sesat. Kesian. Huhu.
Pada masa ni, kami
ber5 jer kat
bilik. Maknanya ada 1
loker la kosong, habis
semua stok makanan
di simpan di
dalam loker tu. Pegi makan
bersama, tido pun bersama. Setiap malam
cuti aje siap, tilam turun
bawah, tgk movie dulu
then tidur ramai2.. yahoo!! Hahaha. Seronoknya waktu
tu. Selepas hampir dalam
2 minggu, Shaff menerima
panggilan yg mna mengatakan
ada seorang pelajar
akan masuk menginap
di bilik kami. Pada awalnya
kami cakap la, “Yang
ko cakap ada
kosong kenapa, cakap la
dah penuh,” Nakal belaka
semuanya. Terpaksa la punggah
balik barang yang
ada dlm loker
kosong tu untuk seorang
rakan baru bilik
kami.
Malam itu pada
lepas solat maghrib, tibalah seorang
lagi sahabat baru
kami yang bernama
Wan Hamizan. Mak ayah dia
pun masuk skali
ke dalam bilik, siap
kecek kelate. Berat nanang, owg
kelate rupenya..huhu. Jadi dah
macam 1 Malaysia
lah di bilik
kami. Aku dari Perak, Shaff
dari KL, Nizam dari
Pahang, Zul dari Johor, Izz
dari Selangor, dan last
but not least
Mizan dari Kelantan. Haha. Keesokan harinya
aku bercadang untuk
melakukan solat subuh
sajadah, bgtau la dekat
dorg.
“Aku esk cdg
nak buat sajadah. Jom kita
buat skali.” Dorg cakap, “Bleh, kejut aje
kteowg,” Keesokan harinya semuanya
bangun pukul 6
pagi, jughuh2 belaka, nak
buat solat berjemaah
sejadah lah katakan. Hehe..
Nak dipendekkan cerita, pada
awalnya semuanya baik
belaka, cakap pun ‘saya awk’. Lama2, belang pun dah
keluar. Dah tau lah
siapa mak jemah nya, mak jenab. Sebabnya mulut
tak reti duk
diam, asyik nak bercakap
aje..tu la sebab
panggil mak jemah. Haha. Macam2 ada dalam bilik kami, artis ada, model ada, si suara sedap ada, super impost ada, hot staff pun ada. Haaa, ape ndak lagi..hehe. Makan bersama, tidur
bersama, solat berjemaah, ke pasar
pun bersama. Pantang hari
sabtu malam jumaat, mesti
keluar ke BANDAR
JENGKA. Nak bershoping. Tambah2 si
Nizam, habis semua nak
dipungutnya. Dah macam kenduri. Balik dari pekan,
makanan yang beli
tadi letak di
tengah2, then makan bersama2. Macam gambar
kat bawah ni
la..
Di akhir sem, persahabatan kami
di uji apabila
seorang dari sahabat
kami mendpat kerja
di Suruhan Jaya, kerja
kerajaan iaitu Nizam. Amat sukar
rasanya untuk Nizam
membuat keputusan. Pada 17hb, selepas
solat berjemaah waktu
maghrib, kami adakan sesi
perkongsian. Masing2 kongsi kenangan
ketika bersama2. Aduh, sedihnya. Malam
tu
x sangka plak
smpai nangis2, Izz sampai
peluk bantal tutup
muka, dah la guna
bantal aku. Habis basah
lencun. Nizam ape tah
lagi. Dia berbelah bagi
sama ada nak
pilih kerjaya atau
belajar. Demi Allah, kami tidak
sanggup berpisah dengan
Nizam. Berat rasanya bagi
kami melepaskan abang
kami iaitu Nizam. Tapi apa2 pun, kami
sokong apa sahaja
keputusan Nizam. Buatlah yang
terbaik, kami sentiasa ada
di belakang.
Harapnya
persahabatan yang terbina
ini akan terus
berkekalan. Moga rahmat Allah
melimpah di atas
ukhwah yang kami
bina kerana Allah
s.w.t ini. Berpisahnya kita
hanyalah jasad, tetapi hati
kita tetap bersatu
selamanya. In shaa Allah. Saya sayang
korang semua. (^_^)
awakk, sweetnya korang semua ! saya gelak je baca . hehee. tak bolehh tahann bila part barang2 shaff semua ada nama . skema betul . haha . pompuan pun tak macam tu .
ReplyDeleteseriously "saya awak"? alala, comelnya . izz nangis? hehe. apa korang dah buat sampai dia nangis tuu?
siapakah mak jemah tu? curious nak tahu . mesti hamizan kann? hehehe
ish3...byk nye tnye..hahaha...izz nangis pasal mlm tu kami buat mcm flash back ape yg kteowg lakukn & dpat spnjg brsame.tmbh plak nizam kte nk pilih keje tu, lg la nangis..huhu..
ReplyDeleteeh, mak jemah buat hamizan la..mak jemah tu nizam..hehe..byk bebeno ckap nye..huhu~