Pagi masih
bening, awan kumulus berbalam
tebal. Warung Pak Kamel
sudah ramai pelanggan. Ketika Kauthar
tiba, Lebai Syakir sudah
tercungap di situ. Belum
sempat dia memusingkan
tubuh, lebai itu sudah
memanggil namanya sambil
melambai.
“Ustaz Kauthar! Ke
sini, saya belanja!” Kauthar bungkam, dia
melangkah berat ke
warung Pak Kamel. Punggung dilabuhkan
seraya barang yang
dijinjit dari pasar
diletakkan bersebelahan.
Lebai Syakir tersengih
mempamerkan gigi kuningnya.
“Selalu sangat
ustaz ke pasar
beli barang, isteri tak
pergi? Atau ustaz takut
bini?” Lebai mengusik,
seperti minggu yang
sudah. Kauthar memandang sekilas
wajah Lebai Syakir
sambil memesan secawan
the dan roti
canai. Serban Lebai terlilit
besar, bulat seperti tayar.
Agama mengajar
Kauthar untuk telus. Dia
perlu ikhlas dalam
berbicara, jangan mahu tunjuk
alim hingga sanggup
mereka hujah dan
fatwa. Pasti fitnah akan
melecak. Bahkan fitnah dalam
agama lebih berbahaya
daripada fitnah dalam
perkara dunia. Ia boleh
menyebabkan amalan terseleweng, apatah lagi
jika boleh menyebabkan
akidah tersesat. Punah!
“Sekali sekala
orang minta ke
pasar, apa salahnya tolong,” Kauthar jawab
acuh tak acuh.
“Sekali sekala
tak apalah, tapi saya
Nampak selalu sangat. Ustaz
nak tahu, selama saya
beristeri dua, bini saya
tak pernah suruh
belikan barang-barang dapur. Lagipun pasar
basah dekat sangat. Mereka boleh
pergi sendiri. Ustaz pun
tahu saya banyak
kerja, kan. Kalau ada apa-apa, saya
suruh mereka buat
sendiri,” lepas satu, satu lagi
Lebai Syakir mencucuk.
“Saya hormat
isteri saya Pak
Lebai, saya kasihankan dia
yang banyak buat
kerja di rumah
sendirian waktu saya
keluar bekerja.”
“Ustaz, perlu lagi
ke kita orang
lelaki buat kerja
macam ni? Kalau begitu, mereka nak
buat apa? Mereka ada, buat
apa kita susah-susah. Jangan jadi
dayus sampai mereka
berani suruh-suruh. Dalam berumah
tangga ni, orang lelaki
kena berkuasa sekat
suara perempuan. Jangan sampai
mereka lebih daripada
kita,” Lebai Syakir menyeringai. Serasa dia
Berjaya mengalahkan Kauthar
di depan pelanggan
warung Pak Kamel
hari ini.
Teh
wangi yang diteguk
Kauthar tiba-tiba terasa
kelat. Dia tidak menyangka
Lebai sanggup berkata
begitu. Dia memujuk diri
sendiri sambil mengatur
kalam, dia tidak mahu
bermusuh namun kebenaran
perlu dijelaskan. Dia perlu
berani untuk berlaku
jujur.
“Pak
Lebai, saya pernah baca
buku-buku karangan Abdullah
Nasih Ulwan dalam
pembinaan keluarga Muslim. Saya
juga pernah membaca
buku Syeikh Ramadhan
al-Buthi dalam menceritakan
kedudukan wanita. Setahu saya, wanita
setaraf dengan lelaki
dalam keluarga. Mereka berhak
atas kita dan
kita berhak atas
mereka. Setahu saya, tugas memasak, mengemas dan
membasuh semuanya tugas
lelaki. Cuma ramai orang
lelaki yang tak
tahu tugas sendiri
sampai menyusahkan isteri,” Kauthar meneguk
the yang masih
berjelaga. Aroma teh wangi
menyerap ke seluruh
esofagusnya.
Lebai tertegun
setagal apabila Kauthar
menyebut nama kitab
dan ulama’ Timur
Tengah. Dia kisar duduk. Ini
bukan kali pertama
Lebai menjadi gundah, malah
sudah berkali-kali. Setiap kali
berdepan dengan Kauthar, dia
asyik kecundang. Dia yang
buka topik, akhirnya dia
juga yang tercekik. Tetapi Lebai
tidak mahu serik selagi Kauthar
tidak kalah padanya.
“Ustaz memang
pandai. Kahwin dua memang
banyak tanggungjawab. Saya buat
tu kerana sunnah, dapat
pahala. Lagi banyak tanggungjawab, lagi banyak
pahalanya. Ustaz tak mahu
pahala lebih ke? Tak
nak kahwin dua?” Lebai
berasa selamat kerana
dapat menepis dan
melibas semula.
“Semua orang
tahu kahwin itu
sunnah, dapat pahala. Tapi sunnah
yang lain tak
buat-buat juga. Malah ramai
guna alasan sunnah
untuk berpoligami, sedangkan tanggungjawab
dan kesedaran tak
ada. Yang tahu pun, kadang-kadang tak
buat juga.”
“Lebai, Nabi juga
berpoligami, tapi banyak urusan
di rumah, Baginda lakukan
sendiri. Contohnya menjahit pakaian
dan menolong isteri
di rumah. Malah, Nabi nyatakan
sebaik-baik dalam kalangan
umatku adalah elok
pergaulan dengan isteri-isterinya. Beerti, menolong isteri
dan meringankan beban
mereka adalah satu
sunnah,” Lebai terdiam, dia tewas
sekali lagi.
Kauthar bangkit
daripada duduk sejurus
menghabiskan sarapannya, dia berterima
kasih kepada Lebai
Syakir dan beredar. Dia
tidak mahu memusuhi
sesiapa, dia cuma berkata
jujur dengan apa
yang dia yakini. Itu
sahaja.
Seminggu kemudian
Kauthar ke pasar membeli barangan
dapur. Ketika membelek-belek sayur
segar, dia disapa.
“Assalamualaikum Ustaz
Kauthar,” Kauthar berkalih.
Melirik kepada empunya
suara.
“Eh, Lebai Syakir!” Mata
Kauthar terbuntang luas.
Lebai Syakir
tersenyum, “Terima kasih kerana
berkata jujur dalam
perbincangan tempoh hari, terima
kasih kerana berani
menegur saya. Dengan izin
Allah, saya sudah merubah
layanan saya terhadap
isteri-isteri. Semoga Allah merahmati
ustaz.”
“Alhamdulillah, semoga Allah
merahmati kita semua,” Kauthar tersenyum.
(USTAZ A UBAIDILLAH
ALIAS, GEN-Q ISU NO-10)
best cerita ni :)
ReplyDelete