Titipan Sang Pencipta..
SUASANA siang hampir melabuhkan tirainya.
Terlihat panorama alam
yang sangat unik
bagi sesiapa sahaja
yang melihatnya. Begitu
indah sekali sunnatullah
yang telah diaturkan
oleh Allah pada
alam ini. Burung-burung
sudah kembali pulang
ke sarangnya setelah
bermusafir mencari rezeki
yang telah Allah
tentukan qada' dan
qadarNya kepada mereka.
Seiring juga dengan
manusia yang kembali
ke rumah setelah
lelah bekerja pada
siang hari.
Munzir yang
juga telah pulang
dari tempat kerja
terus merebahkan badannya
di atas katil
empuk di biliknya.
Seisi ruang kamarnya
itu tampak kemas
sekali dengan susunan
yang telah diaturkan
sebaik mungkin. Di sebelah
meja solek itu
diletakkan pula sebuah
almari besar. Di
pintu masuk bilik
pula diletakkan juga kalimah
nama Allah dan
kekasih agungNya iaitu
Nabi Muhammad s.a.w
yang telah di'frame'kan. Di
sekitar dinding pula
penuh dengan frame
kalimah suci Al-Quran
seperti ayatul Qursi,
surah-surah Qul dan
lain-lain.
Hampir sahaja
Munzir ingin melelapkan
matanya, dia dikejutkan
dengan satu suara
yang sering mengganggunya.
"Abang, jom
solat berjemaah bersama-sama.
Tak pernah lagi
abang menjadi imam
solat bersama Safiyyah."
Safiyyah, dia
ialah isteri kepada
Munzir. Juga seorang
ustazah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Baru
yang berhampiran dengan
rumahnya. Munzir dan Safiyyah
dinikahkan hasil daripada
perancangan keluarganya. Pada
mulanya Munzir menolak
kerana katanya belum
puas bersuka ria
dan belum bersedia
juga untuk berkahwin.
Tetapi ayahnya, Syed Hakimi
berkeras dengan memaksanya
untuk menerima calon
menantu pilihannya. Akhirnya Munzir
terpaksa akur.
Ini yang
aku malas ni.
Asal nampak muka
aku sahaja, mesti
hendak disuruhnya menjadi
imam. Solatpun aku
tidak pernah, inikan
pula menjadi imam.
Jauh panggang dari
api. Monolog Munzir.
"Err, awak solat sahajalah
di rumah. Saya bersolat
di surau nanti," dalih Munzir.
"Haa,
baguslah kalau macam
tu. Safiyyah nak ikut abang
bersolat di surau
juga. Abang tunggu 5
minit sahaja tau."
Belum sempat
Munzir membalas kata-kata
Safiyyah, Safiyyah sudah menghilangkan
diri menuju ke
bilik tamu untuk
mempersiapkan diri.
Aduh, matilah aku. Seumur
hidup aku belum
pernah lagi aku pergi
ke surau. Ambil wudhukpun
aku sudah lupa.
Macam mana ni?
Terpaksa jugalah aku
bersiap. Hampa pula
Safiyyah kalau aku
memberi alasan lagi. Sekali
lagi Munzir bermonolog.
Sebelum ini
sudah berulang kali
Safiyyah mengajak Munzir
untuk mengerjakan solat. Sudah
seminggu mereka mendirikan
rumahtangga, inilah kali pertama
Munzir mengajak Safiyyah
pergi bersolat di
masjid. Bagai orang
mengantuk disorongkan bantal.
Alangkah gembiranya Safiyyah.
5 minit
sudah berlalu, Munzir menunggu isterinya di
ruang tamu. Tidak
berapa lama kemudian,
Safiyyah keluar menuju
ke ruang tamu, tempat
Munzir menunggu. Munzir melihat
isterinya lengkap berpakaian
muslimah menutup aurat
dengan memakai tudung
labuh berwarna hitam, stokin
kaki dan lengan
serta berjubah hitam.
Safiyyah tersenyum manis
buat suaminya. Terpegun
seketika Munzir.
Berkali-kali Munzir
memusingkan kereta Vios
milik Safiyyah yang
mengarus ke arah
selekoh. Berkali-kali mereka
berpusing di sekitar
taman itu. Kepala
Munzir melilau ke
kiri dan ke
kanan mencari surau.
Tangan kirinya sudah
penat menggaru kepala
yang tidak gatal
itu. Safiyyah hanya
tersenyum di sebelahnya.
"Abang,
surau di
sebelah sana tu," kata Safiyyah
sambil jarinya menunjuk
ke arah tempat
yang dimaksudkan itu.
Munzir menoleh
ke arah itu
dan serta merta
tangannya menepuk dahinya
atas kegagalan matanya
mencari surau. Surau
yang tersergam indah
di sebelah jalan
itupun dia boleh
tidak perasan. Entah hijab
apalah yang mengaburi
matanya.
Kereta meluncur
laju memasuki perkarangan
masjid. Mereka beriringan
menuju ke tempat
sembahyang masing-masing.
Munzir mengalami
kesukaran untuk berwudhuk
dan bersolat. Ketika
berwudhuk dia terpaksa
menjeling jemaah di
sebelahnya. Begitu juga
ketika bersolat. Dalam
ingatannya hanya surah Al-Fatihah yang masih
kukuh terpahat. Lain-lain bacaan sudah
terlupa semuanya.
Usai sahaja
solat, Munzir terus
keluar meninggalkan saf
tanpa menunggu bacaan
doa dan zikir.
Munzir hanya menunggu
di dalam kereta
sambil mendengar alunan
lagu. Hatinya asyik
menyumpah seranah dirinya
kerana mengajak Safiyyah
bersolat di surau.
Kalaulah aku
tak ajak Safiyyah
ke masjid, tak adalah
aku terkial-kial berwudhuk
dan bersolat. Ini
ayah akulah yang
punya pasal. Kalau
dia tidak suruh
aku berkahwin dengan
ustazah tu, sudah lama
aku dapat enjoy di
luar bersama kawan-kawan.
Marah hatinya kepada
diri sendiri.
"Abang! Abang!
Termenungkan apa tu?" panggil Safiyyah
bersama senyuman tidak
lekang di bibir.
Dirinya sudah membolos
ke dalam kereta
miliknya.
Munzir terjaga
daripada lamunannya. Tanpa
memandang pemilik wajah
yang menegurnya, Munzir
terus menghidupkan enjin
kereta dan meluncur
keluar dari halaman
surau. Fikiran Munzir
pada ketika itu
hanya memikirkan bantal
kerana matanya sudah
terlalu mengantuk. Sampai
sahaja di rumah, Munzir
terus mempercepatkan langkah
menuju ke bilik
dan merebahkan badannya
di atas katil.
Dari dalam
kereta, Safiyyah hanya
memandang langkah laju Munzir
yang bergegas menuju ke
dalam rumah. Hatinya merintih
kepada yang Maha
Esa agar dibukakan
pintu hati suaminya.
***********************
"YA ALLAH, ampunilah dosaku,
dosa suamiku, dosa
kedua ibubapaku serta
seluruh kaum muslimin
dan muslimat. Aku
tidak pernah lelah
untuk mengajak suamiku
untuk kembali ke
jalanMu. Namun apalah
dayaku sekiranya Engkau
tidak mengkehendakinya. Kuatkanlah
mujahadah diriku ini
untuk membimbingnya."
Safiyyah meratap sayu
di atas sejadah.
Matanya sudah lencun
dek air matanya
yang mencurah keluar.
Tanpa disedari
Safiyyah, seorang insan terdengar
luahan isterinya kepada
Yang Esa. Hatinya juga turut
sayu. Tidak sangka
yang isterinya terlalu
ingin melihatnya kembali
ke jalan yang
lurus. Begitu tulus
hati isterinya. Alangkah
teruk dirinya yang
dari seawal perkahwinan,
hanya memikirkan yang
negatif kepada isterinya.
Mengajaknya bersolatpun dia mengutuk
isterinya. Buruk benar
lakunya.
Setelah selesai
Safiyyah bermunajat kepada
Illahi, Safiyyah kembali
ke pembaringannya di sebelah Munzir.
Tidak beberapa lama
kemudian, Safiyyah sudah
lena di tempat
tidurnya. Munzir mengusap
rambut isterinya. Tanpa
disedari, air matanya
tumpah berlinangan. Berdosanya
dia kepada isterinya.
'Saya janji,
saya akan berubah'. Janjinya kepada
dirinya.
************************
PADA pagi itu, Munzir
tinggal seorang diri
di rumah. Isterinya ada
kursus di Perak selama
tiga hari. Terasa bosan
pula rasanya di
hati Munzir. Kalau ada
isterinya, bolehlah juga dia
melihat-lihat isterinya.
Konsepnya sama sahaja
dengan mencuci mata. Baik
lihat isteri sendiri, sudah tentunya halal.
Disebabkan rasa
bosan yang melanda, Munzir mengambil
keputusan untuk mengemas
rumahnya walaupun sebelum
Safiyyah pergi, rumah sudah
dikemas dan diaturkan
dengan baik. Lagu-lagu rock
seperti Avenged Sevenfold
berkumandang di ruang
telefon bimbitnya.
Ketika Munzir
sedang mengemas almari
milik Safiyyah dan
dirinya, Munzir terjumpa satu buku yang
dibalut cantik dengan
pembalut buku. Di setiap
bucu buku itu
digamkan pula reban
berwarna merah. Boleh menarik
minat sesiapa sahaja
yang melihat buku
itu. Tanpa membuang masa, Munzir
membaca buku tersebut.
Diari rupanya. Ingatkan apalah
tadi. Mesti dalam buku
ni, ada sejarah hidup
Safiyyah. Lagipun aku tak
berapa kenal sangat
ustazah tu. Munzir berkata di
dalam hati.
Dalam diari
milik Safiyyah pada
awal-awal muka surat
menceritakan kisah sekolah
menengahnya. Api cemburunya membuak-buak
kerana di sekolah
lagi sudah ramai
lelaki yang meminati
isterinya. Patutlah orang yang
betul-betul menjaga kehormatannya, ramai yang
mahu mendekati. Terbalik pula
untuk mereka yang suka merendahkan
kehormatannya.
Tiba-tiba sampai
di satu bahagian
diari itu, menceritakan ciri-ciri
lelaki idamannya. Antara salah
satunya ialah lelaki
itu mestilah yang
rajin bersolat. Kalau solat
fardu sudah tidak
cukup, solat sunat entah
kemanalah perginya. Mahu sahaja
Munzir mengoyak buku
diari itu kerana
ianya seperti memerlinya. Tetapi terpaksa
dibatalkan hajat itu
kerana tarikh status
itu ditulis sebelum
mereka berkahwin. Semangat Munzir
untuk bersolat dan
belajar agama berkobar-kobar di
dadanya.
*************************
"SAFIYYAH, awak
bersiaplah cepat. Kita bersolat
jemaah di surau," arah Munzir kepada isterinya.
Ketika itu Safiyyah
sedang menonton rancangan
Ustazah Pilihan secara
ulangan.
Terkejutnya Safiyyah
hanya Tuhan sahaja
yang tahu. Ingin
sahaja dia bersujud
syukur di hadapan
suaminya. Safiyyah semakin
yakin bahawa suatu
hari nanti, suaminya akan
kembali ke jalan RabNya, insyaAllah.
Tanpa berlengah, Safiyyah terus
mempersiapkan dirinya.
Mereka tenang
bersolat Maghrib berjemaah
di surau. Munzir
masih lagi seperti
dahulu. Masih terkial-kial ketika
berwudhuk dan bersolat.
Namun kali ini
dia tidak akan
patah semangat seperti
sebelumnya. Niatnya pada
ketika itu hanyalah
satu. Ingin mengembalikan dirinya
ke jalan yang
lurus.
Habis sahaja
solat, imam mengumumkan bahawa
selepas sahaja solat
sunat ba'diah Maghrib, akan
diadakan satu majlis
tazkirah bulanan yang
akan disampaikan oleh
Ustaz Kazim Elias.
Munzir berfikir
sejenak. Hendak dengar
tazkirah atau balik
ke rumah? Tidak beberapa
lama kemudian, Munzir
mendapat mesej daripada
Safiyyah yang mengajaknya
supaya mendengar tazkirah
itu. Munzir hanya
bersetuju. Memandangkan dirinya
juga yang ingin bertemu
dengan imam surau
itu. Tidak sampai
10 minit berlalu,
tazkirah itupun bermula.
Munzir mendengar
tazkirah itu dengan
tekun. Sekali-sekala jemaah
masjid itu tertawa
memandangkan Ustaz Kazim
berjenaka untuk menghilangkan
bosan pendengar. Walaupun agak
lawak pengisian tazkirah itu,
tetapi terdapat juga part yang
terkena pada batang
hidungnya sendiri.
"Tuan-tuan sekalian,
ketahuilah bahawa tanggungjawab
lelaki ini besar
sekali. Selepas sahaja mereka
telah sah menjadi
suami kepada seorang
isteri, maka bertambah
lagilah beban yang akan
dipikulnya. Masakan tidak,
tanggungjawabnya sekarang sudah
kepada ibunya dan
isterinya. Jika dia mengabaikan
ibunya, isterinya akan
tersinggung dan begitu
sebaliknya.
Setiap dikalangan
kita adalah pemimpin, dan
setiap apa yang
kita pimpin, pasti
semuanya akan dipersoalkan
oleh Allah Taala. Adakah
kita ini telah
melakukan tugas kita
dengan baik? Alangkah teruknya
jika kita kembali
kepada Allah dalam
keadaan tugas yang
kita laksanakan tidak
lunas lagi.
Ada dikalangan
pasangan yang selepas
berkahwin, langsung tidak
bertanggungjawab atas pasangannya. Dibiarkan sahaja
isterinya tanpa memberikan
nafkah yang sepatutnya
seorang isteri ini
dapat. Sebenarnya tuan-tuan yang
dirahmati Allah sekalian. Jihad
harta seorang suami
yang paling besar ialah jihadnya
kepada isterinya."
Panjang lebar
penerangan yang telah
Ustaz Kazim berikan. Munzir hanya
tertunduk di tempatnya. Dirinya terasa
sangat malu kepada
Tuhan kerana gagal
menjalankan amanah dengan
baik terhadap isterinya.
Selesai sahaja
tazkirah, Munzir meluru
ke arah imam
yang baru sahaja
ingin keluar daripada
masjid.
"Assalamualaikum imam. Minta
maaf jika saya
mengganggu imam. Saya ada
masalah. Sudilah kiranya
imam mendengar luahan
hati saya," kata Munzir
kepada imam surau
itu sambil menundukkan
kepala. Serasa malu
ingin meluahkan isi
hatinya kepada imam
tersebut.
"Wa'alaikumussalam.
Tak ada
apa yang hendak
dimalukan. Saya juga manusia
biasa. Tidak lepas dari melakukan dosa. Apa
yang ingin disampaikan?" tanya imam
tersebut.
"Malu saya
hendak luahkan. Saya ni
ingin berubah ke
arah kebaikan. Saya hendak
bersolatpun terkial-kial.
Banyak benda yang
saya tidak tahu
tentang agama Islam. Jadi
saya ingin minta
tolong daripada imam
jika imam tidak
keberatan."
"Alhamdulillah.
Anak ada
niat untuk kembali
ke arah fikrah
manusia. Saya tidak ada
masalah untuk membantu
anak. Tetapi memandangkan saya
ini masih lagi
kurang ilmu tentang
fardu ain. Jadi saya
mencadangkan satu tempat
yang bagus untuk
anak belajar tentang fardu
ain. Memandangkan disana terdapat
ramai tenaga pengajar
yang hebat-hebat,"
tawaduk sekali tutur
kata imam itu. Sambil mereka
bersembang, sambil itulah
mereka berjalan beriringan.
Dari kejauhan, Safiyyah tersenyum
bangga memandang suaminya
sedang berjalan beriringan
ke arah dirinya. Sampai sahaja
ke arah Safiyyah, Munzir terus
memperkenalkan isterinya kepada
imam.
"Syukur kepada
Allah. Kalian berdua pasangan
yang bagus. Sama-sama
bersolat di surau,"
puji imam.
"Alhamdulillah juga
imam. Allah pertemukan saya
dengan suami yang
soleh macam Munzir ni," balas Safiyyah
pula sambil memandang
Munzir. Munzir sudah mengerutkan
dahinya. Selesai sahaja berbual
dengan imam, mereka terus
pulang ke rumah.
*************************
"ABANG sebenarnya nak
ke mana? Tiba-tiba sahaja
ni. Takkan abang
nak tinggalkan Safiyyah
seorang diri di
rumah," tanya Safiyyah.
Terkejut juga dia. Ketika
itu Safiyyah sedang
mengemas pakaian suaminya
untuk dibawa ke outstation.
"Saya tak
pergi lama. Dalam seminggu
sahaja. Saya ada urusan
kerja di sana. Awak janganlah
risau. Jiran-jiran kita ada
boleh tengok-tengokkan awak
nanti," dalih Munzir.
Sebenarnya Munzir ingin
belajar di pondok
yang dimaksudkan oleh
imam surau tadi. Munzir
sudah tidak sabar
untuk belajar agama
kerana daripada dahulu
dia sudah jahil
agama. Hidayah Allah,
siapalah yang tahu.
"Hmm, oklah abang. Abang
jangan nakal-nakal kat
sana nanti tau," pesan Safiyyah.
"InsyaAllah.
Sudahlah tu Safiyyah, biar saya
sahaja yang kemaskan
barang-barang saya. Awak tak
payah susah-susah ya,"
"Tak apa. Tidak
susah manapun. Lagipun Safiyyah
nak pahala yang
besar kalau layan
suami,"
Munzir hanya
mengangguk sambil tersenyum.
"Awak, saya nak
tanya sikit boleh?" teragak-agak Munzir
berkata.
"Apa dia
abang?"
"Macam mana
awak boleh terima
saya sebagai suami
awak ya? Awak kenal
saya ini siapakan. Saya ni
jahat awak tau," acah Munzir.
"Safiyyah terima
abang sebab Allah
yang sudah takdirkan,"
"Macam mana
pula awak tau saya ditakdirkan
dengan awak?" sekali lagi
Munzir tertanya-tanya.
"Melalui solat
Istikarah," ringkas
jawapan Safiyyah.
Munzir mengangguk.
Pada keesokan
harinya, selepas Subuh teksi
sudah sampai di
rumah Munzir. Munzir terpaksa
menaiki teksi kerana
keretanya sudah ditarik
oleh ayahnya ketika
selepas sahaja sah
menjadi suami kepada
Safiyyah. Syed Hakimi sengaja
menarik kereta itu
kerana dia sudah
masak benar dengan
perangai anaknya. Kalau dia
dengan keretanya, mahu sahaja
Munzir akan pulang
ke rumah di
rembang Subuh.
"Abang jaga
diri baik-baik ya," pesan Safiyyah.
"InsyaAllah,"
"Safiyyah sayang
abang!"
Bagai hendak
luruh hati Munzir
ketika mendengar ucapan
itu. Tambahan pula melihat
Safiyyah yang sudah
mengalirkan air mata.
Bertambah sayu rasa
hati Munzir. Tetapi apakan
daya, belajar ilmu agama
itu sangat penting. Memandangkan dia
adalah ketua keluarga. Macam mana
hendak menjadi ketua
keluarga kalau hendak
bersolatpun tidak tahu. Astaghfirullahal azim, betapa teruknya
dia.
Munzir bagaikan
kaku mendengar ucapan
itu. Dia hanya mengangguk
tanda dia juga
menyayangi Safiyyah. Tidak beberapa
lama kemudian, teksi terus
meluncur laju meninggalkan
kawasan rumah Munzir.
*******************
"KAMU ni sebenarnya
ke mana Munzir? Kamu
jangan nak buat
ragam lama kamu
tu lagi. Sedarlah sikit
yang diri kamu
tu sudah berkahwin. Kesian Safiyyah
tu seorang kat
rumah. Ayah dah tanya
dekat syarikat di
tempat kamu. Tak ada
pulak kamu oppointment sampai
seminggu," marah Syed Hakimi.
"Bukan macam
itu ayah. Sebenarnya memang
Munzir tak ada
hal mengenai syarikat
di sini. Tapi Munzir
ada hal lain. Lebih
mustahak daripada hal
syarikat," sanggah Munzir. Munzir
sudah mengagak, mesti Safiyyah
akan memberitahu ayahnya. Tetapi salah
dia juga, pergi mengaji
di pondok tidah
beritahu Safiyyah. Jadi,
pandai-pandailah tanggung akibatnya
sendiri.
"Banyaklah kamu. Ayah
bukannya tidak kenal
kamu tu. Kalau tak
ke casino, ke mana lagi,"
serkap Syed Hakimi
pula.
"Astaghfirullahal
azim. Munzir dah tak
jejak tempat tu
lagi. Lepas sahaja Munzir
berkahwin, Munzir dah bertaubat," Kecewa benar
Munzir kerana ayahnya
masih menganggapnya seperti
dulu. Tetapi apakan dayanya, sudah itu
amalannya terdahulu.
Terpaksalah telan.
"Yela, yela.
Jaga diri kamu
tu baik-baik. Ayah sebenarnya
lagi risau pasal
Safiyyah. Kamu tu lelaki, dia
perempuan. Risiko lagi tinggi
padanya," Syed Hakimi melahirkan
kerisauannya kepada menantu
kesayangannya.
"InsyaAllah tidak
ada apa-apa. Munzir lagi 2 hari
di sini, sudah tidak lama
lagi." kata Munzir. Tiba-tiba dia
teringatkan Safiyyah. 5 hari
dia belajar di
pondok, seharipun dia tidak
menelefon Safiyyah. Entah apalah
khabarnya di sana.
"Oklah. Contactlah Safiyyah
tu nanti. Dia tu risaukan
kamu. Sudah banyak kali
dia telefon ayah,
asyik tanyakan hal
kamu."
"Baiklah ayah. Assalamualaikum."
Selesai sahaja
berhubung dengan ayahnya, Munzir ingin
menghubungi Safiyyah pula. Serasa
rindu pula akan
kemanjaan isterinya.
"Assalamualaikum.
Awak apa
khabar?" kata Munzir pembuka
bicara bersama Safiyyah. Munzir menelefon
isteri tercinta.
"Wa'alaikumussalam.
Safiyyah tak sihat," ringkas jawapan
Safiyyah. Nada suaranya seperti
berjauh hati.
"Safiyyah sakit!!
Safiyyah sakit apa?" tanya Munzir. Mendengarkan suara
Safiyyahpun, Munzir sudah mengagaknya.
"Safiyyah tak
boleh tidur. Safiyyah sakit
rindukan abang. Abang bila
nak balik?"
Munzir tersentak.
"Saya tak
lama lagi baliklah. Lagi 2
hari saja,"
"Yela.
Safiyyah tau, siapalah Safiyyah
ni untuk abang
luahkan isi hati. Abang
pergi keluar ke mana-manapun abang
tak bagitahu. Sampai hati
abang tipu Safiyyah," sayu kedengaran
suara Safiyyah. Air matanya
juga tidak berhenti
daripada mengalir.
"Bukan maksud saya
macam itu. Hmm, Safiyyah tunggu
sahaja di rumah
tau. Nanti abang balik." Munzir tidak
mampu menjawab pertanyaan
Safiyyah. Kalau dia memberitahu
hal yang sebenar, pasti Safiyyah
akan berkeras tidak
memberinya keluar. Masakan tidak, Safiyyah itu
ustazah. Tidak mustahil dia
tidak tahu apa
yang dia belajar
di pondok.
"Baiklah.
Jaga diri abang
baik-baik. Sayang abang!"
"Sayapun sayang
awak juga." Akhirnya terkeluar
juga kalimah yang
tidak di sangka-sangka
daripada mulutnya. Selesai sahaja
berhubung dengan Safiyyah, Munzir terus
ke biliknya untuk
membaca kitab-kitab. Hatinya sudah
tidak sabar lagi
untuk kembali pulang
ke rumah. Pasti isterinya
sudah lama menunggu.
***************
RUANG tamu rumah
sederhana besar itu
tampak kemas dan
teratur. Manakan tidaknya, setiap hari
Safiyyah pasti akan
menyusun atur dengan
bermacam-macam rekaan.
Kadangkala diubahnya sofa
dan lain-lain untuk
menghilangkan rasa bosan dengan
susunan yang sama. Kerana
bagi Safiyyah, masyarakat sekarang
ini mudah bosan
ketika berada di
rumah. Antara salah satu
faktornya ialah membiarkan
bentuk susun atur
yang sama, ada yang
sampai bertahun-tahun di
tampuk yang sama. Itu
baru dilihat dari
segi fizikal, belum di
lihat bentuk rohaninya
pula.
Seperti biasa,
Safiyyah akan menunggu
suaminya di ruang
tamu. Itulah aktiviti sehariannya
selepas mengemas rumah. Rasa
rindu di hati
bagaikan sudah tidak
tertahan lagi. Setelah lama
menunggu, dengan tidak sengajanya
Safiyyah tertidur di
atas sofa.
"Assalamualaikum?"
terdengar satu suara
memanggil.
Safiyyah ni
tak ada kat rumah
ke? Selalunya kalau aku
balik kerja, ada sahaja
dia menunggu di
depan pintu. Munzir bermonolog.
Setelah lama
menunggu di luar, akhirnya Munzir
mengambil keputusan untuk
masuk sahaja ke
dalam rumah. Ketika pintu di
buka, Munzir melihat isterinya
sedang tertidur di
atas sofa. Nampak daripada
gaya tidurnya, seperti dalam
kepenatan.
"Safiyyah? Safiyyah?" Munzir mengejutkan
Safiyyah sambil tangannya
menggerakkan sedikit badan
Safiyyah. Terlihat Safiyyah menggeliat
sedikit.
Safiyyah terkejut
melihat kepulangan suaminya. Tanpa menunggu
panjang, Safiyyah pantas menyalami
Munzir. Dan tanpa diminta, Munzir mengucup
dahi Safiyyah. Sekali lagi
Safiyyah terkesima.
Terlihat cahaya
keimanan terpancar di
wajah Munzir. Yang mengelirukan
Safiyyah juga, Munzir seperti
tidak lekang dengan
senyuman. Jika dibandingkan dengan
sebelum Munzir pergi outstation. Harapannya agar
apa yang dilihat
di mata kasarnya
benar-benar terjadi kepada
suaminya.
"Lamanya awak
pandang muka saya. Nampak
lagi kacak ke
daripada sebelum ni?" gurau Munzir
dengan senyuman yang
meleret.
"Nak buat
macam mana. Suami Safiyyah
ni memang daripada
dulu sudah kacak. Betapa
beruntungnya Safiyyah,"
Safiyyah membalasnya. Kembang kincup
hidung Munzir bila
dipuji sedemikian oleh
Safiyyah.
"Hmm, awak buat
di rumah selama
saya tidak ada
ni? Tengok pada
susunan ruang tamu
ni, macam awak
sudah ubahsuaikan ya. Kuatnya
awak, almari yang berat
itu awak angkat
seorang diri," tanya Munzir.
"Adalah sedikit
yang Safiyyah ubahsuaikan. Almari itu
Safiyyah angkat selepas
Safiyyah keluarkan dahulu
barang yang ada
di dalamnya. Selama abang
di outstation, Safiyyah
tengok tv sahaja. Lagu
dalam cerita tu
best tau abang.
Safiyyah sudah download di
internet. Abang nak dengar?" banyak pula
celoteh Safiyyah. Mana tidaknya, hendak melepaskan
rindulah katakan.
Munzir mengangguk. Safiyyah yang
pada ketika itu
sedang memakai earphone memberi
kedua-dua belahnya kepada
Munzir. Namun Munzir menolak. Dia
menarik Saffiyah duduk
rapat dengannya. Mudah untuk
mendengarnya bersama-sama.
Safiyyah hanya
menurut. Kemudian Safiyyah mengeluarkan
telefon bimbitnya untuk
mencari lagu yang
dimaksudkannya itu. Lagu yang
sangat istimewa baginya
iaitu Sepanjang Hidup nyanyian
Maher Zain. Tidak
beberapa lama, lagu itupun
berkumandang.
Sepanjang
hidup, bersamamu,
Kesetiaanku, tulus untukmu,
Hingga akhir waktu, kaulah cintaku, cintaku.
Sepanjang hidup, seiring waktu,
Aku bersyukur, atas hadirmu,
Kini dan selamanya, aku milikmu, yakini hatiku.
Kesetiaanku, tulus untukmu,
Hingga akhir waktu, kaulah cintaku, cintaku.
Sepanjang hidup, seiring waktu,
Aku bersyukur, atas hadirmu,
Kini dan selamanya, aku milikmu, yakini hatiku.
Akhirnya air
mata yang cuba
ditahan oleh Munzir
tumpah juga. Jika dihayati
lagu ini, sangat sesuai
untuk mereka yang
telah berkahwin. Munzir memeluk
erat Safiyyah yang
berada di sebelahnya.
"Abang sayang
Safiyyah,"
Terkeluar juga
kalimah keramat yang
ditunggu-tunggu setiap masa
oleh Safiyyah. Safiyyah membalas
pelukan Munzir. Lama mereka
di situ sampaikan
mereka berdua sama-sama
tertidur di atas
sofa.
Allahu Akbar Allahu
Akbar'
Allahu Akbar
Allahu Akbar'
Azan telah
berkumandang menunjukkan telah
masuknya waktu Solat
Asar. Munzir terjaga daripada
tidurnya setelah mendengar
seruan azan. Tangannya rakus
menggosok matanya.
Dilihatnya Safiyyah begitu
lena tidur di
atas bahu Munzir. Kalau
diikutkan hati, mahu sahaja
Munzir tidak mengganggu
tidur nyenyak Safiyyah. Tetapi memandangkan
mereka mempunyai satu
tanggungjawab yang besar
kepada yang Khalid. Terpaksa juga
Munzir mengejutkan Safiyyah.
"Safiyyah! Safiyyah!
Bangun. Waktu Solat Asar
sudah masuk. Jom kita
pergi bersolat di
surau sama-sama," pujuk Munzir. Safiyyah terpisat-pisat di
sebelahnya.
"Dah masuk
waktu dah abang. Abang
pergilah bersolat di
surau. Safiyyah rasa pening
kepalalah pula. Tak larat
rasanya. Boleh ya abang?"
"Hmm, oklah.
Abang pergi dulu
ya. Safiyyah jangan tidur
pula lagi. Pergi solat
ya,"
"Ok abang. InsyaAllah,"
******************************
HUJUNG minggu ini, Munzir
bercadang ingin bersiar-siar
di kompleks membeli
belah. Kebetulan pula pada
hari itu, Safiyyah juga
sedang bercuti. Inilah kali
pertama mereka berjalan
bersama-sama selepas perkahwinan
mereka.
"Safiyyah ada
cadangan hendak pergi
ke mana?" Munzir bertanya
kepada Safiyyah.
"Rasanya seronok
juga kalau kita
pergi Tesco, Pulau Pinang. Di
dalamnya ada banyak
juga tempat yang
menarik,"
"Ok,"
Mereka bersiap-siap
pada awal pagi
lagi. Sama-sama
bersemangatlah katakan. Baju mereka
juga sedondon dengan
berwarna ungu menjadi
pilihan. Tepat jam 10
pagi, mereka sudah sampai
ke Tesco.
Sampai sahaja
di depan Popular, Safiyyah mengajak
Munzir masuk ke
dalam. Bagaikan orang mengantuk
disorongkan bantal, Munzir juga
sebenarnya ingin mencari
Al-Quran terjemahan Al-Hidayah
yang sedang laris
di pasaran.
"Assalamualaikum.
Boleh saya tahu
di mana bahagian
buku agama?" Munzir bertanya
kepada jurujual Popular
itu.
"Di sana
abang," sambil menuding jari
ke arah yang
dimaksudkan.
"Encik nak
beli apa?" sambung jurujual
itu.
"Saya nak cari Al-Quran
Al-Hidayah. Ada tak jual
di sini?" tanya Munzir
lagi.
"Maaf encik. Al-Quran itu
sudah habis di
jual. Stok juga tiada."
"Hmm, yeke.
Allahu Akbar. Tak adalah
rezeki saya hendak
membaca Al-Quran. Tak apalah, terima kasih
cik." Munzir berkata dengan
nada yang kecewa.
Munzir terus
pergi ke arah
Safiyyah yang sedang
mencari novel pilihannya. Nampak di
tangannya sudah ada
2 buah novel
hasil penulisan Ustazah
Fatimah Syarha Mohd
Nordin. Katanya novelnya sangat
menarik, penuh dengan nilai
dakwah.
Setelah habis
membeli, mereka keluar daripada
Popular itu sambil
berpegangan tangan.
Jurujual-jurujual yang bekerja
di situ hanya
memerhatikan langkah Munzir
dan Safiyyah.
"Ada lagi
pasangan yang macam
ni. Suami soleh, isterinya
pula solehah. Padan sangat-sangat
mereka itu." komen jurujual
yang serve lelaki yang
mereka sembangkan.
"Mana kau
tahu suaminya itu
soleh? Baru jumpa sekali. Kau
ni pandai-pandai sahaja," sanggah rakannya.
"Aku tahulah. Tadi
aku yang serve lelaki
tu. Dia cari Al-Quran
Al-Hidayah. Bila aku cakap
Al-Quran tu tak
ada, kecewa sungguh mukanya. Sebab itu
aku kata lelaki
itu tadi soleh,"
"Macam itu
ke? InsyaAllah, semoga
mereka dapat membina
baitul muslim
yang diidam-idamkan."
Mereka mengangguk
tanda setuju.
************************
SYARIKAT AL-HAFIZ HOLDINGS
tersergam indah di
Pulau Pinang milik
Syed Hakimi, bapa Munzir. Jadi
di cawangan itu, Munzir
mengambil alih tanggungjawab yang
telah diamanahkan oleh
papanya. Suasana syarikat itu
tampak lengang. Siapa tahu, syarikat yang
sebegitu besar itu
telah mengalami kemerosotan
yang melampau.
"Macam mana
kamu tadbir syarikat
tu? Baru satu syarikat
saja papa bagi
kamu cover, sudah mengalami kerugian
yang besar. Kamu makan
duit syarikat ke
Munzir?" Syed Hakimi memarahi
Munzir atas kecuaiannya
mentadbir syarikat.
"Ya Allah, sejahat-jahat Munzir, Munzir tak
pernah makan duit
syarikat. Gaji yang Munzir
dapat sudah cukup.
Papa janganlah tuduh
Munzir macam tu," Munzir menyanggah
kata-kata papanya. Tidak pernah
sesekalipun di fikirannya
untuk mengabil duit
syarikat.
"Kamu tu
sudah bertahun duduk
sama-sama dengan papa. Papa
dah kenal perangai
anak-anak papa macam
mana. Kamu tu bukan
daripada dulu memang
suka berfoya-foya. Jadi tak
mustahil kalau kamu
ambil duit itu," Bertalu-talu Syed
Hakimi menuduh Munzir. Syed
Hakimi tidak mengetahui
yang Munzir sudah
bertaubat daripada kisah-kisah
lamanya.
Munzir tidak
membalas apa-apa komen
untuk papanya. Buat apa
hendak mengaku kalau
bukan kita yang
punya salah. Semoga suatu
hari nanti, Allah akan
membongkarkan rahsia penyelewengan
wang syarikat itu.
Betullah apa
yang telah Munzir
belajar semasa di
pondok dahulu. Mereka yang
ingin ataupun sudah
menjadi baik, mereka pasti
akan diuji. Kerana Allah
telah berkata di
dalam Al-Quran, janganlah kamu
menyangka bahawa kamu
ini akan mendapat
syurga Allah sedangkan
kamu belum diuji. Allahu
Akbar. Apa yang perlu
dilakukan oleh Munzir
ketika itu, hanyalah berdoa
dan bersabar. Inilah balasan
atas dirinya atas
kafarah dosanya yang
terdahulu.
Munzir pulang
ke rumah dalam
keadaan yang lesu. Harap-harapnya ketika
sampai di rumah
nanti, Saffiyyah dapat menenangkannya.
Ketika sampai
sahaja di rumah, Munzir
melihat kereta Honda
Accord berwarna putih
bersih terparkir di
depan rumahnya. Siapa pula
yang datang ke
rumahnya. Munzir cepat-cepat parker
keretanya untuk melihat
tetamu yang hadir
ke rumahnya.
"Assalamualaikum?"
Munzir memberi salam.
"Hahh,
balik juga kamu. Penat
aku tunggu kau."
Munzir meneguk
air liur. Kecut perutnya
bila berhadapan dengan
lelaki yang berada
di hadapannya. Munzir pernah
diberi amaran oleh
lelaki itu sebelum
Munzir dan Safiyyah
melangsungkan perkahwinan.
"Aku bagi
amaran kat kau. Jangan
sesekali kau sakiti
hati adik aku. Aku
kenal siapa kau. Akupun
tak tahu kenapa
Safiyyah dan ayah
aku boleh terima
pinangan ayah kau. Apa-apapun, kalau kau
buat sesuatu yang
menyakitkan hati adik
aku, kau tak akan
dapat lari daripada
aku." Amirul memberikan amaran
kepada Munzir.
Ketika itu Amirul
yang memanggilnya masuk
ke keretanya dan
membawanya bersiar-siar di
kawasan kampung. Sangkaan Munzir, Amirul ingin
bermesra dengannya sebelum
dirinya menjadi adik
ipar Amirul. Tetapi tekaannya
meleset. Sebaliknya Amirul memberi
amaran dan mengugutnya. Sejak itu, Munzir
agak takut untuk
bersua muka dengan
Amirul. Nyaris lagi Amirul
bekerja di Jepun, tidaklah kerap
berjumpa dengannya.
"Woi, aku tengah
bercakap dengan kau
ni. Yang kau mengelamun
ni kenapa?" tengking Amirul. Wajahnya Nampak
bengis sekali. Tidak berani
rasanya Munzir melihat
wajahnya.
"Ada apa
abang Amirul,"
"Aku nak
bawa adik aku
balik ke rumah. Kau
bukannya boleh bagi
makan pada adik
aku,"
"Jangan abang! Saya
tak nak balik
rumah. Saya hendak tinggal
dengan suami saya. Tempat
tinggal seorang isteri
ialah di samping
suami. Tolong jangan paksa
abang," Safiyyah merayu kepada
abangnya. Wajahnya sudah lencun
dek air mata.
"Abang tak
kira. Kau kena balik
juga. Munzir ni bukannya
boleh jaga kau. Abang
kenal dia ni
macam mana," kata Amirul.
"Tolong jangan
abang. Munzir sudah bertaubat. Dia dah
tak macam dulu
lagi. Abang percayalah cakap
saya." Safiyyah
berharap Amirul tidak
akan memaksanya lagi
untuk pulang ker
rumah. Dia tidak mahu
menjadi isteri yang nusyuz.
"Kalau abang
dah kata balik, kau
kena balik juga. Abang
tak kira." Amirul berkeras.
"Seorang isteri
perlu meminta izin
dahulu kepada suami
sebelum keluar rumah. Kalau
suami tidak memberi
keizinan, haram perbuatan perempuan
itu dan dilaknat
makhluk Allah sampai
dia pulang ke
rumah."
Amirul memandang
ke arah Munzir
yang sedari tadi
berdiam diri sahaja.
"Aku nak bawa
adik aku balik
rumah. Kau berikan keizinan."
Munzir berfikir. Dia
juga sedang menghadapi
krisis kewangan yang
gawat pada ketika
ini.
"Baiklah.
Abang izinkan Safiyyah
pergi." putus Munzir.
"Abang!!!"
************************
Munzir tidak tenang
pada malam itu. Belum
lagi sampai sehari
berpisah dengan isterinya, rindu sudah
menguasai diri. Sehari apa, satu
malampun belum sampai. Menyesal juga
rasa dirinya, melepaskan
Safiyyah pergi. Sekarang Munzir
sedang menerima balasannya. Terus Munzir
mencapai telefon bimbitnya
untuk menghubungi isterinya.
"Assalamualaikum?"
Munzir memulakan perbualan
apabila Safiyyah hanya
mendiamkan diri apabila
panggilan sudah diangkat.
"Wa'alaikumussalam.
Abang, kenapa abang lepaskan
Safiyyah pergi? Kenapa abang
tidak tegas dalam
menentukan hak abang
sendiri? Bukankah kita telah
berjanji untuk susah
dan senang bersama?" Safiyyah tidak
dapat menahan sebaknya
lagi, terus dihamburkan jua
air mata yang
cuba ditahan.
"Abang minta
maaf. Abang terlalu banyak
masalah hinggakan abang
rasa tidak mampu
untuk membebankan Safiyyah. Jadi abang
terpaksa lepaskan Safiyyah bersama abang
Amirul."
"Sedih Safiyyah
abang. Safiyyah tidak sanggup
untuk berpisah dengan
abang walau sedetikpun. Safiyyah rindukan
abang. Tolong bawa Safiyyah pulang." Sayu suara
Safiyyah.
"Baiklah Safiyyah. Abang akan
usahakan. InsyaAllah." Akhirnya
Munzir juga mengalirkan
air matanya.
***************************
SELEPAS seminggu Munzir
berhempas-pulas untuk melangsaikan
hutang syarikatnya, Munzir mendapat
berita daripada setiausahanya
bahawa hutang syarikat
telah dibayar oleh
seseorang yang tidak
dikenali. Pihak syarikat mencari-cari
manusia budiman itu
tetapi tidak dijumpai. Munzir melafazkan
rasa syukur ke
hadrat Illahi kerana
telah meringankan beban
dirinya.
Memandangkan masalah
kewangannya sudah kembali
stabil, Munzir bercadang untuk
membawa kembali Safiyyah
pulang ke pangkuannya.
Setelah melalui
perjalanan yang hampir
6 jam ke rumah
mentuanya, akhirnya Munzir sampai
jua. Langkah diatur. Hati berdebar-debar jika
terserempak dengan abang
iparnya. Salam diberi.
"Assalamualaikum?"
"Wa'alaikumussalam.
Jemput masuk Munzir." Encik Ahmad, ayah
kepada Safiyyah menyambut.
"Ayah,
Abang Amirul ada
di rumah tak?" tanya Munzir
untuk mendapatkan kepastian. Debar dihati
semakin kencang jika
abang iparnya ada
di rumah ketika
itu.
"Tak ada. Dia
berkursus selama seminggu
di Johor. Baru pergi
semalam."
Munzir melepaskan
nafas lega. Encik Ahmad
tersenyum memandang menantunya.
Setelah Munzir
masuk ke dalam
rumah, Safiyyah berlari mendapatkan
Munzir. Mereka berpelukan bagaikan
tidak mahu dilepaskan. Air mata
kedua-dua mereka merembes
keluar.
"Kita balik
ya sayang," kata Munzir
memujuk isterinya.
Safiyyah mengangguk.
"Ayah, ibu.
Boleh saya bawa
Safiyyah pulang? Saya berjanji
akan menjaga Safiyyah
sebaik mungkin." pinta Munzir, mengharapkan kedua
ibubapa mentuanya melepaskan
Safiyyah pulang bersamanya.
Ibu dan
ayah Safiyyah mengangguk
serentak. Munzir bersyukur tidak
terkira kepada Allah. Mereka
pulang ke rumah dengan
hati yang berbunga
riang.
*********************
PAGI itu sungguh
menyenangkan. Safiyyah
bangun awal pada
pagi itu iaitu
seawal 4.30 pagi. Niat dihati
Safiyyah pada pagi
itu ialah ingin
melakukan solat sunat
bersama Munzir.
"Abang, bangun.
Jom kita
bersolat sunat. Belum pernah
lagi kita bersolat
bersama-sama. Boleh ya abang?"
Munzir terpisat-pisat menonyok
matanya. Dengan pantas kepalanya
dianggukkan. Munzir sudah tidak
takut lagi untuk
menjadi imam kepada
Safiyyah kerana amalan
itu sudah diaplikasikan
ketika Munzir belajar
di pengajian pondok
suatu ketika dahulu.
Mereka melakukan
solat sunat tahajjud, taubat dan
hajat bersama. Mereka menanis
di tikar sejadah. Setelah selesai, Munzir melentokkan
kepalanya di peha
Safiyyah sementara menunggu azan
Subuh berkumandang. Belum pernah
lagi rasanya dalam
sejarah perkahwinan mereka, Munzir melakukan
perkara itu. Kira first time la
ni.
"Dulu abang
tak pernah tau
Safiyyah belajar dimana. Sampai boleh
jadi ustazah ni. Hebat
isteri abang," Munzir tersenyum
sambil mencuit pipi
Safiyyah. Manja nampaknya.
"Sebelum belajar
di Mesir, Safiyyah belajar
di pondok dulu. Ayah
juga banyak membantu
Safiyyah dalam menghafaz
Al-Quran. Kami sekeluarga diwajibkan
menghafal 1 ayat Al-Quran
sehari. Kalau tak, ayah tak bagi
kami keluar bermain
di luar. Seronok bila
kenangkan kembali cerita
lama," Safiyyah
bercerita sambil bibirnya
tidak lekang dengan
senyuman untuk suami
tercinta.
Dalam mereka
leka dengan cerita-cerita
lama yang baru
hendak dikongsi, azan subuh
berkumandang jua. Munzir terus
bangun dan bersiap
untuk bersolat Subuh
di surau.
"Safiyyah,
jom kita
pergi surau."
"Maaf abang, Safiyyah tak laratlah. Kepala ini
asyik berdenyut sahaja. Safiyyah bersolat di
rumah sahajalah, boleh ya
abang?" pinta Safiyyah.
Munzir hanya
menganggukkan kepalanya.
Dicapainya kopiah di
atas meja solek, membetulkan kain
palaikat yang hampir
senget. Terus Munzir keluar
dari bilik untuk
menyahut seruan Illahi. Ketika dalam
perjalanan ke motosikalnya, Munzir terdengar
satu bunyi yang
kuat daripada dapur.
PAAANNNGGGG'
Munzir bergegas
ke dapur. Hampir lemah
lutut Munzir apabila
melihat perut Safiyyah
sudah dipenuhi darah. Dengan
pantas Munzir mendapatkan
Safiyyah yang sudah
lemah di atas
lantai.
"Abang, maafkan…Safiyyah.
Tadi..Safiyyah…nak…buangkan…sampah…yang…
sudah…penuh…di…dapur." Safiyyah berkata dalam keadaan yang payah. Peluh sudah memercik keluar daripada dahi Safiyyah.
sudah…penuh…di…dapur." Safiyyah berkata dalam keadaan yang payah. Peluh sudah memercik keluar daripada dahi Safiyyah.
"Dah Safiyyah, jangan cakap
lagi. Jom kita ke
hospital."
Dalam perjalanannya
hendak ke ruang
tamu, jiran tetangga sudah
mengerumuni rumah Munzir. Pihak
polis dan pihak ambulans
juga sudah sampai. Munzir terkesima. Munzir dituduh
telah melakukan pembunuhan
terhadap isterinya. Pada ketika
itu, Safiyyah sudahpun tidak
sedarkan diri di
atas dukungan Munzir.
"Minta maaf
encik. Sila ikut kami
ke balai. Isteri encik
biar pihak hospital
yang uruskan." kata salah
seorang ahli polis
itu.
"Encik,
saya tidak bersalah. Saya tidak
bunuh isteri saya. Orang
jahat yang bunuh
isteri saya." Munzir merayu.
"Sila ikut kami
ke balai," putus ahli
polis itu.
Safiyyah telahpun
berpindah tangan. Pihak ambulans mengambilalih tugas
menguruskan Safiyyah. Dalam pada
Munzir diserek ke
dalam kereta polis, ibubapa mentua
Munzir sampai.
"Ayah, saya tidak bunuh Safiyyah
yah. Orang jahat yang
bunuh," rayu Munzir.
"Bersabarlah Munzir. Sesungguhnya Allah
bersama dengan orang-orang
yang benar." ringkas jawapan
Encik Ahmad.
Munzir menangis
teresak-esak. Munzir telah dimasukkan
ke dalam kereta
polis, dan menuju ke
balai polis untuk
maklumat lanjut.
**********************
SELAMA 4 hari
Munzir ditahan di
dalam tahanan polis. Datang
seorang anggota polis
mengatakan bahawa Munzir
telah terlepas daripada
tuduhan membunuh. Pihak polis
memberitahu bahawa pembunuh
sebenar telah diberkas. Perbunuh itu
sebenarnya cuba mengambil
gelang milik mangsa
pembunuhan. Fahamlah Munzir bahawa
Safiyyah benar-benar ingin
mencuba untuk mempertahankan mahar
yang telah diberikannya
kepada Safiyyah, hingga sanggup
mengorbankan diri sendiri
demi harta milik
kesayangannya.
Tanpa membuang
masa lagi, Munzir dengan
pantas terus bergerak
ke hospital untuk
mengetahui keadaan isterinya. Terasa berdebar-debar di
dada. Sesampai sahaja Munzir
di hospital, perasaan sedih
membuak-buak tatkala melihat
Safiyyah terbujur kaku
di atas katil
hospital. Munzir tidak dapat
menahan perasaannya,
butir-butir jernih daripada
matanya mengalir jua.
"Bersabarlah Munzir. Redhalah akan
pemergian Safiyyah. Kita pula
nanti yang akan
menyusul selepasnya. Moga roh
Safiyyah ditempatkan bersama
orang-orang yang mendapat
kerahmatan dari Illahi. InsyaAllah." kata Encik
Ahmad dalam masa
yang sama ingin
memujuk menantunya.
"Maafkan saya
ayah. Saya gagal menjaga
Safiyyah dengan baik."
"Sudah sudah, jangan
cakap macam tu. Safiyyah
cakap hari tu, Munzir
dah menjaga dia
dengan baik. Alhamdulillah.
Ini ada
surat daripada Safiyyah. Dia
bagi semasa dia
di rumah ayah
dulu." surat di tangan
Encik Ahmad bertukar
tangan.
Munzir meneliti
akan surat itu. Sambil
badan menyandar di
dinding hospital, tangan Munzir
lincah membuka sampul
surat itu. Wangi bau
suratnya. Tanpa membuang masa, Munzir
terus membaca surat
itu.
Assalamualaikum..
Buat abang
yang saya sayangi
selalu.
Harap abang
sihat selalu. Adanya surat
ini di tangan
abang bermakna Safiyyah
telahpun pergi meninggalkan
dunia ini buat
selama-lamanya. Sebenarnya Safiyyah telah
lama mengidapi penyakit
barah otak sejak
2 tahun yang
lalu. Pada awalnya, Safiyyah membuat
simpanan sendiri untuk
membiayai kos rawatannya. Setelah hampir
cukup perbelanjaannya,
Safiyyah mendapat berita
bahawa abang telah
berhutang dengan syarikat
dengan kos yang
tinggi. Jadi pada ketika
itu, Safiyyah berasa bahawa
abang lebih memerlukan
wang berbanding Safiyyah. Safiyyah bertawakal
sahaja dengan penyakit
ini.
Buat kali
yang terakhirnya, Safiyyah ingin
memohon maaf sekiranya
diri ini belum
cukup untuk menjadi
isteri yang solehah
buat abang. Redhalah akan
pemergian Safiyyah. Pesanan Safiyyah
kepada abang, jangan tinggal
solat. Perbanyakkan membuat amalan
yang mulia. Moga kita
dipertemukankan kembali di
syurga Allah yang
Maha Pemurah ini. InsyaAllah. Sayang abang.
Dari,
Nur Safiyyah bt. Ahmad.
Nur Safiyyah bt. Ahmad.
Tanpa disedari, terhambur
lagi air mata
Munzir. Betapa besarnya pengorbanan
yang telah dilakukan
oleh Safiyyah.
InsyaAllah sayang, semoga kita
bertemu kembali di
Jannah Allah', monolog Munzir.
*********************************
HAMPIR 2 bulan
Munzir tidak keluar
rumah. Jambang di wajahnya
sudah semakin lebat. Surat
yang diberikan oleh
Safiyyah masih lagi
berada di tangannya. Dalam masa
yang lama itu, syarikat
diambilalih oleh adiknya, Mahmood yang
baru sahaja tamat
pengajian dalam bidang
perniagaan.
Mata Munzir
memandang tepat akan
pencukur yang berada
di atas meja
solek miliknya. Setelah dicapai, tangannya lincah
mencukur jambang yang
lebat di wajahnya. Pada malam
itu, niat dihatinya ingin
beriktikaf di masjid.
"Papa, mama. Malam ni
Munzir tak balik
rumah tau. Munzir nak
beriktikaf di masjid. Esok
pagi Munzir balik
ya."
Syed Hakimi
dan Datin Maimun
hanya tersenyum.
"Alhamdulillah.
Sudah baik nampaknya Munzir
tu." kata Datin Maimun
kepada suaminya.
Syed Hakimi
hanya mengangguk sambil
tersenyum.
*********************************
JAM telah menunjukkan
ke angka 12
tengah malam. Munzir masih
lagi ralit dengan
Al-Quran pemberian Safiyyah. Dibacanya satu
per satu. Difahami maknanya. Sekali-sekala matanya memandang
akan tafsir yang
ada di sebelah
ayat Al-Quran itu.
Perasaan rindunya
kepada Safiyyah tidak
pernah padam, bahkan semakin
hari semakin rindu. Mata
Munzir sudah kuyu, menandakan waktu
tidurnya semakin hampir. Munzir baring
dalam keadaan menghala
ke arah kanan
sambil Al-Quran berada
dalam dangkapannya. Tidak berapa
lama, Munzir terlena ditemani
Al-Quran di sisi.
Daripada jauh, Munzir
ternampak akan cahaya
yang begitu terang
dihadapannya. Matanya
melilau disekeliling itu. Tiba-tiba matanya
ternampak akan kelibat
seorang wanita yang
memakai pakaian serba
putih. Sungguh suci dan
bercahaya wajahnya. Munzir pergi
ke arahnya. Alangkah terkejutnya
Munzir apabila mendapati
bahawa wanita itu
ialah Safiyyah. Terus didakapnya
Safiyyah.
"Sayang jangan
tinggalkan abang lagi. Abang
rindu sangat-sangat pada
sayang. Jangan tinggalkan abang
ya?" Munzir mengongoi di
samping Safiyyah.
Safiyyah mengangguk
dalam keadaan tersenyum. Safiyyah menghulurkan
tangan ke Munzir. Munzir menyambut
akan huluran itu. Munzir
mengikut langkah Safiyyah.
"Semalam saya
tanya pada pemuda
ini, dia kata dia
nak beriktikaf di
masjid. Jadi saya biarkan
sahajalah. Pagi tadi saya
tengok dia tidur
dalam keadaan tersenyum. Pada ketika
itu, Al-Quran kecil ini
begitu kukuh di
sisinya bagaikan tidak
mahu dilepaskan. Tidak saya
sangka bahawa pemuda
ini meninggal dunia
dalam keadaan yang
baik sekali." kata ahli
qariah masjid itu
kepada Syed Hakimi.
Syed Hakimi
hanya tersenyum dalam
tangisan mendengar cerita
ahli qariah masjid itu. Alhamdulillah, dia bersyukur
kerana Munzir meninggal
dunia dalam keadaan
yang baik. Moga roh
Munzir ditempatkan bersama
orang-orang yang beriman. Amin.
TAMAT
(adaptasi oleh Mohammad Haffiz bin Zainul Abidin)
No comments:
Post a Comment