Ramadhan dah
semakin hampir, Ya Allah. Seronoknya. Ahlan wasahlan
ya Ramadhan. Sekarang baru
bulan Rejab, lagi 2
bulan nak sampai. Lambat lagi
sebenarnya, tapi bahangnya sudah
semakin terasa. Hehe. Apa persiapan
kita untuk menghadapi
bulan Ramadhan yang
penuh barakah ni? Dah
ada fikirkan? Haa, kalau tak
ada, marilah kita merancangnya
untuk kita lakukan
di bulan Ramadhan
nanti. Moga-moga kita mendapat
mardhatillah, in shaa Allah. Kata
ulama’, amatlah rugi mereka
yang keluar daripada
bulan Ramadhan tetapi
tidak mendapat keampunan
Allah. Allahu Akbar.
Sebelum menjelangnya
bulan Ramadhan, kita kenalah
stretching dulu. Kalau terus
nak lari jauh
tapi tak buat
renggangan, sakit jugak. Mau tengah-tengah
jalan kang pancit. Haha. Macam tu
jugak dengan puasa. Nabi
s.a.w banyak berpuasa sunat pada bulan Rejab, tapi
pada bulan Syaaban
lagi banyak Nabi
s.a.w berpuasa. Sampai Saidatina
Aisyah pun berpuasa
ganti pada bulan
Syaaban tu, sebab nak
ikut Nabi berpuasa
sekali. Jadi, bulan Rejab ni
kita puasalah hari
isnin dan khamis, bulan
Syaaban tambah lagi. Ini
cuma cadangan aje, tak
ada paksaan. Hehe. Tapi kalau
kamu kuat sangat, ikut
la sebagaimana puasa
Nabi Daud, iaitu Nabi
Daud berpuasa selang-seli. Maknanya sebanyak
15 harilah. Jangan lebih
daripada itu ye.
Jika kita
soroti sejarah Rasulullah
s.a.w, Baginda mengkhatamkan Al-Quran
pada bulan Ramadhan
sebanyak 2 kali. Nabi
s.a.w itu maksum
syeikh, tetapi 2 kali
khatam. Hebatnya. Kita yang banyak
dosa ni, mestilah kena
banyak membaca Al-Quran. Targetkan dalam
fikiran kita untuk
mengkhatamkan Al-Quran pada
bulan Ramadhan sekurang-kurangnya sekali. Sehari kita
baca 1 juzuk, susahkah? Baca Al-Quran
selepas solat fardhu
sekurangnya 4 helai. 5
kali solat fardhu, maknanya bolehlah
dapat 1 juzuk
sehari. Senang tak? Kalau nak
senang, kenalah mujahadah tinggi
sikit barulah boleh
khatam sekali Al-Quran
dalam bulan Ramadhan
itu. In shaa Allah, lemah
dan tiada dayaku
melainkan atas pertolongan-Mu ya
Allah.
Takkan baca
Al-Quran aje, amalan lain? Hehe. Ada yang
istimewanya bulan Ramadhan
ni, iaitu perkara sunat
yang tiada dalam
bulan lain iaitu
solat tarawikh. Mana ada
solat tarawikh dalam
bulan Rejab, ngarut belaka
kalau ada orang
buat. Hehe. Rasulullah s.a.w solat
tarawikh sebanyak 8
rakaat. Tapi tengok jugak
bacaan Nabi s.a.w
apa. 1 rakaat baca
surah Al-Baqarah. Ambek kau, bolehkah
kita? Tak apa, buat ikut
kemampuan. Asalkan ikhlas.
Ada sesetengah tempat
buat solat tarawikh
sebanyak 20 rakaat. Ada
jugak yang kata
bida’ah. Aduhh, sakit pulak hati kita.
Yang buat solat
tarawikh sebanyak 20
rakaat ni ialah
Saidina Umar Al-Khattab. Tak ada
yang salahnya pun. Pegi
check Hadis 40. Nabi
kat peganglah sunnahku
dan sunnah Khulafa’
Ar-Rasyidin, gigitlah sunnah ini. Lebih
kurang macam tu
la bunyinya. Tak mungkinlah
Nabi s.a.w suruh
kita ikut mereka
kalau Nabi s.a.w
belum iktiraf iman
mereka. In shaa Allah, perbanyakkan solat
sunat istimewa yang
tiada pada bulan-bulan
lain ni yaa.
Seterusnya,
cuba penuhkan solat
fardhu kita dengan
berjemaah di masjid/surau. Biasanya yang
paling liat dan
payah sikit kita
nak buat, waktu solat
subuh. Nanti lepas sahur, janganlah pulak
tidur. Teruslah ke masjid
dahulu. Lepas tu kalau
nak tidur, tidurlah. Ehh,
mana boleh. Silap-silap. Kalau nak
tidur, tidur waktu dhuha
ye. Lepas subuh tak
digalakkan tidur sebab
mewarisi kepapaan. Lepas asar
pun sama, yang tu
pulak mewarisi kefakiran
kalau tak silap
saya. Haaa, nak ceritanya solat
berjemaah kat masjid/surau
aje. Termelalut pulak sampai
ke situ. Hehe.
Banyak lagi
sebenarnya amalan yang
boleh kita lakukan. Yang
ni saja-saja saya
listkan, nak bagitau.
Sinonimnya waktu bulan
Ramadhan kita baca
Al-Quran, in shaa Allah
dalam target. Tahun lepas
tak sempat khatam, sedih!! In shaa
Allah, dengan bantuan Allah
untuk tahun ni.
Mari kita
perbanyakkan amalan kita
di bulan Ramadhan
nanti. Jangan kedekut nak
buat kebaikan sebab
Allah tak pernah
kedekut dengan kitapun. Sahabat-sahabat radhiyallahu
‘anhu sangat-sangat suka
bila Ramadhan tiba. Bila
Ramadhan semakin habis, mereka
mula menangis. Harap kitapun
sama macam mereka. Jangan nak kira
Raya aje. Hehe.
#ingatan tulus
ikhlas daripada hamba
hina#
No comments:
Post a Comment