RUMAH tersusun
Taman Murni itu
tampak tenang sekali
dengan pemandangannya yang menyenangkan jiwa. Siapa
tahu di kala
terlihat tamannya sahaja
yang aman, tetapi ada
juga dikalangan penghuninya
yang masih porak peranda.
“Jaafar, daripada
dulu mak pesan
jangan buat perangai
lagi. Sudah-sudahlah buat perangai
buruk tu. Mak tengok
kamu tiap hari
meneguk air syaitan
tu. Anak dara yang
kamu kendong sudah
tidak terkira banyaknya. Ubahlah perangai
tu. Mak malu dengar
jiran cakap yang
bukan-bukan pasal kamu,” nasihat Pn
Jasmin kepada anak
terunanya. Dia sudah tidak
tahan mendengar cacian
daripada jiran-jiran tentang
anaknya. Anaknya yang lain berjaya di
didik sehingga ke
menara gading, cuma yang
bongsu ini sedikit
bermasalah.
“Mak tak penat
ke membebel setiap
hari? Biarlah orang nak
cakap apa pun. Bukannya
kita kacau mereka. Jaafar sedikit
pun tidak minta
wang daripada mereka. Sibuk
sahaja dengan tepi
kain orang. Mereka tu
pun belum tentu
lagi baik,” balas Jaafar. Ini
bukan kali pertama
dia mendengar ibunya
membebel, tetapi sudah acap
kali. Sudah tidak terkira
banyaknya ‘ceramah’ daripada
ibu. Satupun tidak menjengah
ke dalam mindanya.
“Memanglah
kamu tak kacau
mereka, tapi kamu tau
la. Kamu tu muda
lagi. Jangan kamu rosakkan
masa muda kamu
tu. Mak tak nak
anak mak rosak
di sebabkan benda
kotor yang kamu
lakukan. Ibu tak sanggup
menanggung dosa. Berhentilah nak!” rayu
Pn Jasmin.
“Cukup mak.
Kalau mak sudah
tak mampu nak
jaga Jaafar, tak apa. Jaafar
pergi sekarang!” Jaafar laju
menuruni anak tangga
menuju ke motosikal
EX5 milik arwah
ayahnya. Tetapi yang pasti
dia sudah tidak
tahan mendengar ibunya
asyik membebel setiap
hari. Lebih baik dia
pergi jauh berbekalkan
sedikit wang di
dalam koceknya.
“Jaafar! Jangan
pergi!” jerit Pn Jasmin
dengan rintihnya. Namun Jaafar
sedikitpun tidak menoleh
ke belakang memandang
dirinya. Tangannya memegang tiang
rumah bagi mengelakkan
dirinya tersungkur. Air mata
sudah deras mengalir
di pipi. Dia tidak
sangka Jaafar tergamak
melarikan diri sedangkan
dirinya hanya berkata
demi kebaikan anaknya. Akhirnya, Pn Jasmin
terduduk jua.
**************************
HARI sudah
semakin tua, menandakan suasana
siang hampir melabuhkan
tirainya. Tinggal hanya beberapa
minit lagi waktu
solat Maghrib akan berkunjung tiba. Motosikal yang
ditunggang Jaafar sudah
melepasi 4 kampung. Sesekali matanya
membulat, giginya berketar kerana
teramat marah kepada
ibunya. Walaupun matanya fokus
memandang jalan, tetapi hatinya
sudah menerewang entah
ke mana.
‘Aku nak tidur
mana malam ni? Ish, hari
dah gelap. Tak apalah, tidur
hotel lagi baik
daripada balik rumah
yang dah macam
neraka tu.’ Jaafar bermonolog.
Dalam pada mindanya
lincah berfikir akan
hala tujunya, tanpa disedari
kereta di hadapannya
seperti hilang kawalan. Jaafar panik
di kala kereta
itu menuju ke
arahnya. Mujur Jaafar dapat
mengelak daripada di
langgar kereta mabuk
itu, tetapi nasib malang
masih berpihak pada
dirinya. Motornya sudah bergerak
menghala ke pokok
kelapa dan…
BAAANNNNNGGGGGG!!!
**************************
MATA Jaafar
terkebil-kebil. Melihat
sekelilingnya , kawasan yang tampak
sangat memukau jiwa. Dengan
susunan meja, almari, sofa,
teratur sekali. Dimanakah dia? Adakah
di syurga? Tidak mungkin! Kepalanya terasa
berat untuk bangun
dan mencucuk-cucuk otaknya. Hatinya tertanya-tanya bagaimana
dia boleh berada
di situ.
Ketika
matanya sedang ralit
memerhatikan sekeliling. Tiba-tiba
datang seorang lelaki
berjubah putih dari
kejauhan. Hatinya bergetar.
Malaikatkah? Semakin lama, tubuh itu
semakin datang merapatinya. Wajah bersih
itu senyum kepadanya. Allahu Akbar, manisnya wajah.
“Alhamdulillah. Anak
sedar juga akhirnya. Tadi pakcik
ternampak anak di
tepi jalan. Motornya pakcik
sudah hantar ke
bengkel. Mujurlah anak tidak teruk terlanggar
pokok itu. Kalau tidak, pakcik
nak bawa anak
ke hospital sahaja. tetapi memandangkan
lukanya hanya sedikit, pakcik bawa
sahaja ke rumah,” panjang lebar
lelaki itu menjelaskan
kepada Jaafar.
“Pakcik ini siapa? Macam
mana pakcik boleh
bawa saya sampai
ke sini?” Jaafar mengajukan
soalan atas kekeliruan
dirinya.
“Pakcik imam masjid
kampung ini. Orang di
sini panggil Ustaz
Solah. Tapi anak panggil
pakcik saja pun
tidak mengapa. Kebetulan selepas
usai solat Maghrib
tadi, pakcik ternampak anak
terkelimpang di tepi
jalan. Langsung pakcik bawa
ke rumah. Mujurlah luka
di kepala anak
sedikit saja.” Tangannya mengusap
kepala Jaafar dengan
lembut. Jaafar mengaduh.
“Anak ini siapa
namanya? Mahu ke mana
malam-malam begini?” sambung imam
itu lagi.
Jaafar
mengeluh kecil.
“Nama saya Jaafar. Saya
sebenarnya hendak pergi
jauh dari rumah,” Jaafar menjawab
tunduk.
Ustaz Solah terkesima. “Pergi jauh
dari rumah? Kenapa? Orang di
rumah Jaafar ada
buat perkara yang
bukan-bukan ke? Jaafar ada
masalah dengan keluarga?” bertalu-talu persoalan
daripada Ustaz Solah.
“Saya benci sebab
mak suka membebel. Saya rimas.” jawab
Jaafar ringkas.
Ustaz Solah mengerti
akan naluri anak
kontemparori era ini. Tidak
boleh walau sekelumit
pun ditegur. Ustaz Solah
mesti bijak memberi
hikmah kepada anak
muda dihadapannya. Untuk memberikan
nasihat kepada remaja
yang sudah semakin
meningkat dewasa ini, konsep
berkeras sudah tidak sesuai digunakan. Caranya hanyalah
menjadikan mereka sahabat
dahulu, kemudian baharulah mudah
untuk memberikan tarbiyah
kepada mereka secara
perlahan-lahan.
“Mengapa mak Jaafar
suka membebel?” Ustaz Solah
melabuhkan punggungnya di
sebelah katil yang
dibaringi oleh Jaafar. Cuba
mengorek rahsia anak
muda itu. Wajahnya dimaniskan
semanis-manisnya.
Jaafar masih tunduk. “Sebab apa
saja yang saya
buat, mesti mak akan
marah. Tak adalah yang
baik pada diri
saya yang mak nampak,
semua keburukan belaka. Saya
sudah tidak tahan
duduk di rumah.”
“Yeke. Jaafar
buat apa sampai
mak Jaafar marah
Jaafar setiap hari?”
Diam. Tiada
reaksi. Pada waktu itu, mendiamkan diri
adalah pilihan Jaafar. Malu
pula untuk memberitahu
perkara yang sebenar
kepada orang yang
baru dikenalinya itu.
Ustaz Solah mengesyaki
sesuatu perkara buruk
yang telah dilakukan
oleh anak muda
itu. Jika tidak, masakan dia
diam seribu bahasa. Ustaz
Solah cuba untuk
mengorek rahsia itu, moga
dapat membantu Jaafar
menemui jalan keluar
daripada masalah itu.
Tangan Ustaz Solah
mengusap lembut belakang
Jaafar. Matanya redup,
senyuman manis disedekahkan.
“Jaafar ceritalah.
Pakcik sedia mendengar, dan pakcik
tidak akan salahkan
Jaafar 100% atas
tindakan Jaafar ni.” sambung
Ustaz Solah.
“Saya
sebenarnya…err…saya
sebenarnya peminum minuman
keras. Err, dan selalu tukar…tukar
pasangan.” Terketar-ketar Jaafar menjawab. Kepala tunduk, air
mata sudah merembes
keluar. Tubuh badannya statik
walaupun tidak henti-henti
diusap oleh Ustaz
Solah.
Ustaz Solah mengangguk. Wajahnya tenang, seperti tidak
ada apa-apa yang
berlaku.
“Kenapa pakcik tidak
terkejut? Saya sudah lakukan
dosa besar yang
mana Allah tak
akan ampunkan dosa
saya, dan saya tidak
layak untuk hidup
di atas muka
bumi ini. Allah laknat
pada saya.”
Ustaz Solah senyum. Nampak gayanya
sinar hidayah boleh
menusuk ke dalam
jiwanya bila-bila masa
sahaja. Cuma menunggu hujah
daripada dirinya sebagai
perantara hidayah itu
hadir. Ustaz Solah menyusun
kata-kata.
“Pakcik tidak salahkan
Jaafar. Mungkin Jaafar jadi
macam ni atas faktor persekitaran. Allah itu
Maha Pengampun, Jaafar.
Biarlah sebanyak manapun
dosa kita, kalau kita
betul-betul bertaubat kepada
Allah, In Shaa Allah, Allah
ampunkan. Selagi mana nyawa
tak sampai di
halkum, maka pintu rahmat
Allah sentiasa luas
terbuka untuk menerima
taubat hamba-Nya.
Cuba Jaafar bayangkan
ketika Jaafar kemalangan
tadi, Jaafar terus meninggal
dunia dalam keadaan
Jaafar belum bertaubat
daripada apa yang
Jaafar lakukan? Ketika itu, Jaafar tidak
sempat bertaubat. Bayangkan apa
kesudahan hidup Jaafar? Nabi
kata sesiapa yang
peminum arak tegar
dan penderhaka ibu
bapa, maka haram baginya
mencium bau syurga. Ya
Allah, bersyukurnya Jaafar masih
diberi kesempatan itu.” panjang
lebar Ustaz Solah
menasihati.
Jaafar tidak dapat
menahan air matanya
daripada terus mengalir. Dibiarkan sahaja
dirinya merintih di
sisi Ustaz Solah
tanpa rasa segan
dan silu. Hatinya lebih
memikirkan dosa yang
telah dilakukannya dulu.
“Tak mungkin Allah
akan terima taubat
saya, dosa saya terlalu
banyak.”
“In Shaa Allah, Allah
terima. Saidina Umar dahulu
sebelum Islam seorang
yang kuat menentang
Islam, malah sangat kuat
meminum arak. Selepas hidayah
Allah menerjah ke
dalam jiwanya, Saidina Umar
menjadi orang yang
sangat hebat. Hasil kepimpinan
beliau sehingga boleh
menguasai kerajaan Rom
dan Parsi yang
mana pada ketika
itu satu kerajaan
yang tidak mungkin
dijatuhkan oleh kerajaan-kerajaan lain. Saidina
Umar juga dijanjikan
syurga oleh Rasulullah
s.a.w hasil daripada
usahanya mencari redha
Allah.
Apalah sangat dosa
yang Jaafar lakukan. Dosa
yang Jaafar lakukan
kecil sahaja di
hadapan Allah. Allah sangat
suka kepada hamba-Nya
yang bertaubat setelah
melakukan dosa kepada-Nya. Beruntung kita
menjadi umat Rasulullah
s.a.w, senang sahaja bertaubat
kepada Allah. Cuba bayangkan
Jaafar umat Nabi
Musa a.s, sudah semestinya
Jaafar terpaksa membunuh
diri hanya semata-mata
untuk bertaubat kepada
Allah. Inilah keistimewaan kita, umat
Rasulullah s.a.w. Cuma perlu
bertaubat dengan bersungguh-sungguh, In Shaa
Allah, Allah akan mendepangkan
tangan-Nya untuk menerima
kita kembali kepada-Nya.” hujah Ustaz
Solah bagai seorang
pendebat di medan
persidangan. Disamping
memberikan hikmah,
diselitkan juga kita
umat terdahulu yang
sangat hebat akidahnya
dan menamatkan hidup
mereka dengan jayanya. Hebat sekali
tarbiyah Rasulullah s.a.w.
“ALLAHU AKBAR.”
Jaafar meraung. Hujah Ustaz
Solah sangat-sangat tepat.
Ustaz Solah memeluk
erat Jaafar, Jaafar membalas
pelukan itu. Ibarat seorang
bapa memeluk seorang
anak. Jaafar mengongoi di
bahu Ustaz Solah. Mata
Ustaz Solah juga
turut berair.
“Pakcik, boleh
ajarkan saya cara
untuk saya bertaubat?” ujar Jaafar
selepas tangisnya reda.
“Masya Allah,
masakan tidak. Jika lebih
daripada itupun pakcik
sanggup ajarkan, anakku.”
Ustaz Solah mengesat
sisa air matanya
dengan belakang jari
telunjuknya.
Ustaz Solah memimpin
Jaafar untuk mengambil
wudhuk dan mengajarkan
kaifiat solat taubat. Jaafar menuruti
dan merintih di
tikar sejadah dengan
selebat-lebat air mata. Ustaz
Solah memerhati dengan
mata bersinar-sinar.
Usai Jaafar bersolat, Jaafar mencium
tangan Ustaz Solah. Ustaz
Solah merenung mata
Jaafar.
“Anak, jom bawakan pakcik
berjumpa dengan mak
Jaafar. Pakcik teringin hendak
berjumpa dengannya.”
Jaafar diam mengunci
kata-kata.
**************************
PN. JASMIN
masih tidak dapat
melelapkan mata. Hatinya masih
terkenang akan Jaafar. Di
mana agaknya dia
tidur malam ini? Hatinya
sebak apabila memikirkan
anak bongsunya. Kilang air
matanya sudah lelah memproses dan mengeluarkan cecairnya
lagi. Fikirannya sesak ketika
itu.
‘Ya Allah,
Kau selamatkanlah anakku. Bukalah pintu
hatinya untuk kembali
ke pangkuanku. Hanya kepada-Mu
aku berserah, ya Allah.’ Doa
Pn. Jasmin di
dalam sanubari.
POONNN, POONNN.
Silau dari cermin
tingkap hadapan rumahnya
bersinar. Pn. Jasmin membuka
sedikit jendela untuk
melihat gerangannya.
Terlihat kereta mewah
Marcedes Benz di
parkir cantik di
tengah halaman. Dalam keadaan
fikiran ralit memikirkan
gerangan empunya kereta, tiba-tiba terjengul
keluar Jaafar daripada
perut kereta itu
berlari ke pintu
utama rumah.
“Maakkk, buka
pinta. Jaafar minta maaf
pada mak. Ampunkan Jaafar.” Jaafar merengek
seperti anak kecil.
Pn. Jasmin laju
membuka pintu. Jaafar tidak
menunggu lama, terus tubuh
tua Pn Jasmin
di peluk erat.
“Maafkan
Jaafar mak, maafkan Jaafar.”
“Tak apa, mak maafkan.”
Tidak berapa lama
kemudian, muncul seorang lelaki
tua terkemudiannya. Pn. Jasmin
dapat mengesyaki perubahan
anaknya mesti berkait
dengan lelaki tua
berwajah manis di
hadapannya.
Selepas
Jaafar puas memeluk
erat ibunya, dia terus
ke bilik.
“Encik, apa
yang telah terjadi
pada anak saya?” aju
Pn. Jasmin tidak
menunggu lama.
Ustaz Solah menceritakan
daripada awal sehingga
akhir perubahan mendadak
Jaafar.
“Alhamdulillah. Terima
ya Allah kerana
telah memulangkan anak
aku dalam keadaan
yang baik. Malah aku
bersyukur kerana hidayah
Kau telah masuk
ke jiwa anakku.” kuat
Pn. Jasmin berdoa. Terus
dirinya tunduk rebah
menyelesaikan sujud syukur.
Ustaz Solah tersenyum. Dia juga
bersyukur kepada Allah
kerana menjadikan dirinya
sebagai perantaraan hidayah
Allah kepada Jaafar.
‘Alhamdulillah, moga
kau terus istiqamah
dalam taubatmu, anakku.’ Monolog Ustaz
Solah bersama senyuman.
***TAMAT***
(Hamba Allah : Haffiz Yusuf Production) hehehe..